AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Marc Maquez Going Crazy!

https://www.instagram.com/p/BPcTT8Wj6uk/ -  Aku tak tahu nak kata apa bila menonton video ini. Marc Marquez penunggang motosikal team Honda Repsol GP telah menggemparkan dunia dengan lagak ngeri di dunia tundra. Sebelum ini kita biasa melihat babak yang hampir serupa dilakukan oleh penunggang-penunggang di negara rusia. Ada di kalangan mereka berlumba dan bermain di atas tasik yang sudah beku. Tempat adanya tayar yang sudah dimodifikasi aksi ini sememangnya agak mustahil untuk dilakukan. Terbaik.

Insta video. Klik - https://www.instagram.com/p/BPcTT8Wj6uk/

Kami masih belum bersedia.

11 Januari 2017 - Masa terhenti dan warna di dunia Bumi Kenyalang luntur. Keadaan menjadi sunyi sepi, kaki yang melangkah diganti oleh lutut yang tersungkur disambut oleh bumi. Tarikh yang tidak akan dilupakan oleh segenap jiwa anak Sarawak.
Mengapa diriku merasakan satu perasaan yang sungguh hiba atas pemergian beliau?
Diselubungi juga rasa takut dan keliru, adakah diriku tidak pasti sama ada beliau ada pengganti yang sama handal dan rendah diri?
Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem, pergimu Menjadi Lagenda untuk Sarawak.. duniaku tetap bergema disertai namamu. Takziah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...