AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Terbaik instagram dari Pekan Pakan





Beberpaa keping gambar dari Pekan Pakan, Sarikei Sarawak sebagai pembuka blog setelah sekian lama tak main blog. Sekarang ni.. blog blog kurang tarikan dah. Apasal ahh?! Sebab aku ni malas, malas nak bikin topik panasss. Blog-blog yang popular biasanya adalah blog yang miliki topik yang hangat. Yeahhh.. apa apa pun, selamat membaca semua. Sekian. 

Skim Perlindungan Kasih Guru

QBE merupakan kumpulan insurans yang sudah lama bertapak di dunia. Syarikat tersebut mempunyai lebih daripada 16000 orang pekerja di Sekitar 40 buah negara dan wilayah yang mempunyai sejarah prestasi yang memberansangkan.  Guru seringkali berada dalam dilema apabila melaksanakan tugas di sekolah. Kemalangan boleh berlaku bila-bila semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dilaksanakan. Sebagai contoh murid yang diajar semasa kelas PJ tiba-tiba mengalami kecederaan yang para disebabkan kecuaian. Guru biasanya menanggung kerugian dan membiayai kos perubatan. Guru juga berhadapan dengan tindakan yang mungkin menyebabkan mereka menggunakan khidmat Peguam. Perkara tersebut sememangnya menyebabkan guru tersebut mengalami kerugian dan menanggung kos pembiayaan untuk melindungi diri.  QBE menyediakan insurans untuk melindungi guru dan menyediakan guru untuk menghadapi situasi yang tidak diingini. Khas untuk guru dan khusus untuk menghargai guru.   Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh rujuk: +60378618400 Beralamat di:

Kolo Mee Super Peha! Rm6 sahaja?!

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Aku Malas. Ni lah makanan kegemaran aku, terjumpa pulak versi halal di cafe 1 Malaysia di Sarikei. Mempersembahkan kolo mee peha ayam. Murah gak!! Terkejut aku bila benda ni semurah Rm6. Kalau ikutkan harga semasa, aku risau suatu masa kelak harga dia bertambah. Harap harga ramuan mee ni tak terjejas kerana GST. Hehee! Tapi memang berbaloi lah.. peha ayamnya banyak. Wow!! Meenha manis dan Tedap!! ( Sedap )

Kompilasi Gambar Ride di Pakan

  Gambar jalan yang berbatu dan belum lagi siap. Bukan satu masalah tetapi satu keseronokkan. Jalan Pakan ke Engkamop.    Ada yang panggil jalan Shin Yang ada juga jalan Wak. Pakan ke Wak. Suasana desa yang menyegarkan minda.    Berehat sejenak di kawasan Sungai dan bersedia untuk mandi manda bersama rakan rakan untuk menghilangkan rasa panas.    Team Lubok Antu Yang telah berjaya tiba di Pakan. Meneruskan perjalanan ke sungai Skrang.    Bergambar di hadapan buah Pakan gergasi. Ini bukan buah durian. Hehehe. 

Simple Pekan Pakan

Kini ramai penunggang motosikal mengambil peluang untuk menikmati suasana desa. Pekan Pakan Yang terletak agak jauh dari bandar yang terdekat merupakan antara pilihan penunggang motosikal di sekitar Sarikei dan Sibu. Jalannya yang berliku dan agak kecil membuka perspektif penunggang motosikal dan ia juga akan menambah pengalaman mereka dalam mengendalikan jentera masing-masing. Walaupun jalan yang berliku dan kecil tetapi kesesakan lalulintas nya amatlah kurang.  Pelawat yang datang ke Pekan Pakan biasanya mengambil peluang untuk bergambar di kawasan Laman Pakan. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering dijadikan tempat untuk menjual hasil pertanian kerana ia terletak bersebelahan dengan market Pakan.  Selain dari Laman Pakan. Pengunjung juga biasa mengambil peluang untuk bergambar bersama dengan buah Pakan. Buah yang seakan-akan buah durian ini merupakan antara tarikan dan satu kemestian kepada pengunjung untuk bergambar. Sekian. 

Sarikei dan bikers campur-campur

 
Suasana di sebuah kedai servis dan membaiki motosikal. Meluangkan masa bersama rakan rakan di samping membandingkan harga servis dan barangan beberapa buah kedai. 

 
Apa yang istimewa tentang hobi bermotosikal ini adalah kita dapat berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengenali mereka terlebih dahulu. Sememangnya persahabatan disebabkan hobi ini topiknya dimulakan dengan bertanyakan jenis motosikal dan pengalaman menunggang akhirnya barulah kita bertanyakan nama Haa Haa Haa Haa!! Ngopi kemudian. 

 
Bandar yang tidak sesak dan sangat selesa untuk penunggang motosikal yang baru sahaja berjinak menggunakan jentera mereka. Rekaan jalan yang tidak begitu sukar dan senang untuk dilalui amat membantu penunggang motosikal menguasai jentera mereka. 

 

Pemandangan yang menarik boleh dijadikan latar belakang kepada subjek yang ingin ditonjolkan dalam sesebuah gambar seperti di atas. 

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Aku telah lama tidak menulis sesuatu di dalam blog ini dan kali ini aku ingin berkongsikan sedikit perkara dan pengalaman sepanjang menjalani kehidupan sebagai peminat motosikal di bandar Sarikei. Adalah tidak hairan dan bukan perkara yang janggal jika kita melihat para peminat motosikal di bandar ini bercampur seperti rojak. Pelbagai jenis motosikal dan jenama dapat kita lihat dalam sebuah kelab yang ditubuhkan di bandar seperti ini. Adalah lebih seronok dan indah apabila kita melihat sesebuah kelab itu terdiri dari berbilang kaum. 

Bikers Dan Khidmat Sosial

Adalah satu kebiasaan apabila sesuatu kelab bermotosikal menjalankan aktiviti berkumpulan. Dan antara aktiviti yang biasa dilakukan adalah khidmat sosial. Aktiviti ini tidak akan lapuk untuk dijalankan oleh mana-mana organisasi di dunia ini kerana ia adalah sesuatu yang murni dan baik.  Namun tidak hairan juga jika hobi bermotosikal ini sering dikaitkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan hobi yang agak merbahaya. Diharapkan dengan lebih ramai lagi yang menjalankan program sebegini dapat memperbaiki tanggapan negatif kepada semua penunggang motosikal di dunia. 

Pakan GYM


Duduk di kaunter layan gambar konvoi bike. Bila lagi nak pergi ni? Sementara tunggu takdir yg membawa kita ride semula, elok saya senam senam duluan ya.

 

Kami budak baru, itu kata mereka. Tak apa bro, semuanya bermula dari zero. No pain no gain, u all buat aoa petang-petang kalau tak senaman? Aku berdengkur jer.. tu dulu. Aku yg dulu bukanlah yang sekarang. Hehehe!!
 

Terfikir pulak nak tambah koleksi gambar di tepi tu. Hmmmm.. okay lah, let me choose the best pict of 2017. Makin penuh dinding tu dengan memori terindah. Hahaha!!

 

Selamat bersenam semua. Thanks for visiting Pakan GYM. Satu-satunya GYM di pekan yang mana dan damai. Barang-barang baru on the way, tapi ruang macam agak penuh dah. Kelak cari lokasi lebih besar la.. sekian.

Repair Dan Servis atau add on

Pakan Sarikei- Kalau nak hantar motosikal yang ada masalah tentu susah nak cari tempat yang kelihatan high class. Di sini cuma ada satu sahaja tempat yang boleh saya percaya. Bangunan dia biasa sahaja namun skill pemilik bengkel ini boleh dihormati. 

Simple jer benda yang aku nak ceritakan kepada u all ni. Ia adalah tentang keluasan kita bekerja. Sebab bike aku kat sini adalah disebabkan ada masalah yang malas aku nak ceritakan. Dipendekkan cerita, bike aku nih dah pernah kena servis di sebuah bengkel.. entah bagaimana bengkel yang agak high class tu ada upah pekerja yang cuai. Ada beberapa part pada bike aku tu dia pasang terbalik dan skru dia senget sampaikan alur skru itu rosak.

Memang saspen lah sebab aku semalam tu almost kemalangan bila bike tak dapat perform dengan baik. Apa lagi bila bike tu adalah bike kesayangan. Bila dihantar ke sana sini, banyak yang tak sanggup.. alasan mereka bike 1000cc tu besar dan ridau tak ada part. Kira okay lah tu, mereka menolak sebab mereka tahu kemampuan bengkel mereka. So.. aku habtar lah bike ini ke bengkel kawan aku. So dia repair, wow!! 2 jam sahaja?! Laju gak.. banyak lah yang dia beritau.

Time tu aku dimaklumkan bahawa ada part yg terbalik da skru dia senget. Tu sebab masalah dia.. bertepuk dahu aku dibuatnya. Tak kan perkara seremeh itu boleh terjadi kat bengkel high class? Mreka ingat pasang bike ni macam pasang lego? Adoi.. tak apa lah. Syukur nyawa selamat. Aku buat penulisan ni bukan apa, saja nak kongsi pengalaman.

 Mungkin ada di kalangan pembaca juga pernah mengalami masalah yang sama seperti aku.  Aku agak emosi bila mengenang kembali bike yg dibiarkan bermalam dan direpair di bengkel high class tidak memenuhi jangkaan aku. Elok aku hantar kat bengkel kecil, tapi pekerja dia teliti dan mahir. Sekian.

Lama tak post sesuatu

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku Malas. Tidak terasa masa berlalu dengan pantas untuk kali ini. Banyak yang berlaku pada awal tahun 2017. Kebanyakan berita yang hangat di dalam kaca televisyen menyentuh tentang perkara yang mendiamkan aku.  Perginya CM Sarawak, Kes Penculikan Pastor dan isu Korea Utara merupakan antara agenda yang terlintas dalam minda aku.  Malas nak pikir banyak. Jom layan GAMBAR BIKE Honda Fireblade 2009 Grey Repsol. Ini merupakan motosikal kesayangan aku. Honda CBR1000 tahun 2009 yang juga dikenali sebagai Honda Rabbit a.k.a Fireblade merupakan jentera 1000cc yang paling slim di pasaran. Ramai yang menyangka ia adalah jentera 600cc jika sekali pandang. Namun bunyinya membuktikan bahawa ia adalah jentera 1000cc. Setakat ini tiada apa-apa masalah yang dihadapi oleh aku untuk menyenggara dan mengendalikan jentera ini. Sememangnya amat mudah untuk mendapatkan Alatganti dan aksesoris bagi motosikal berkuasa besar ini. Minyak enjin, brake pad, tayar, rantai dan coolant merupakan perkara biasa yang perlu diberi perhatian sebagaimana jentera lain. Anggap ia adalah satu disiplin.  Tunggangan di jalan yang berliku seperti di Sarawak dapat diterima oleh motosikal ini. Aku hanya melakukan sedikit modifikasi terhadap jentera ini. Antaranya memasukkan setting PC baru, tayar grip tinggi, rantai o ring, fairing custom dan air filter. Pengubahsuaian ini adalah sesuai dengan keperluan di jalan Sarawak. Oh ya, Leo Vince itu.. hahaha!! Antara yang diterima untuk diubah. 

Marc Maquez Going Crazy!

https://www.instagram.com/p/BPcTT8Wj6uk/ -  Aku tak tahu nak kata apa bila menonton video ini. Marc Marquez penunggang motosikal team Honda Repsol GP telah menggemparkan dunia dengan lagak ngeri di dunia tundra. Sebelum ini kita biasa melihat babak yang hampir serupa dilakukan oleh penunggang-penunggang di negara rusia. Ada di kalangan mereka berlumba dan bermain di atas tasik yang sudah beku. Tempat adanya tayar yang sudah dimodifikasi aksi ini sememangnya agak mustahil untuk dilakukan. Terbaik.

Insta video. Klik - https://www.instagram.com/p/BPcTT8Wj6uk/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...