AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tak join Samarahan Bike Week

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Aku Malas. Toroko ( 2015 ) pernah mengatakan bahawa, pengembaraan yang tidak akan tamat adalah pengembaraan mencari perisa perisa baru. Toriko merupakan satu watak anime yang agak terkenal pada masa kini. Tak sangka juga sebuah cerita boleh tercipta gara-gara tema berkaitan dengan makanan.

Mungkin betul apa yang Toriko katakan kerana pengembaraan di jalan raya kita mungkin akan ketemukan penghujung dunia. Tetapi pengembaraan mencari makanan tidak pernah terhenti kerana dari kecil hingga dewasa deria rasa kita sentiasa berubah menjadi matang. Mungkin dulu kita tidak pandai memakan makanan pedas tetapi kini kita boleh menikmati makanan yang tidak pernah kita rela untuk telan.

Demikianlah cerita kepada kami yang tidak pergi Samarahan Bike Week. Satu program telah diadakan di Samarahan sehingga artis yang juga dikenali sebagai ikon rock tanah air iaitu Awie datang untuk membuat persembahan yang grand. Macam tak habis sahaja ayat aku diatas hahahaha..

Mungkin kami telah terlepas satu peluang yang amat istimewa untuk berkumpul bersama dengan peminat dua roda. Kita juga dapat tahu bahawa bikers dari Indonesia, Brunai dan beberapa negara lain juga ada terlibat dengan program ini. Kita mendoakan pergi dan balik bikers kita sentiasa dalam keadaan selamat.

Kami disini hanya mampu mendengar khabaran dari jauh sahaja sambil mengunyah rojak legenda yang terdapat di bandar kecil Bintangor. Nikmat menunggang motosikal dengan perut yang kenyang tidak boleh dikata dengan puisi mahupun sajak. Disaat menunggang motosikal dengan perut yang kenyang, perut itu bergesel dengan tangki minyak sehingga terasa getaran enjin motosikal yang menggoncang makanan yang sedang dihadam. Ribut yang deras dengan kelajuan 200 kilometer sejam motosikal itu menjadikan proses penghadaman lebih drastik.

Adrenalin dirembes di dalam salur darah sehingga usus kecil berdangdut memproses makanan yang sungguh sedap. Maafkan saya jika penjelasan ini tidak begitu jelas bagi anda. Mungkin anda tidak pernah mengalami perasaan ini. Jika anda ingin mengalaminya anda boleh membeli sebiji superbike dan pergilah memburu makanan yang sedap di sekitar tempat anda sehingga anda tersenyum lebar kekenyangan kembali ke rumah menaiki motosikal itu.

Motosikal + makanan = Terapi minda.

Setakat ni kita tak pergi jauh pun menggunakan motosikal mungkin disebabkan kekangan masa.
Jauh atau dekat jika kita menunggang bersama tetap terasa seronok juga.
Memburu makanan bukanlah sesuatu yang membosankan apa lagi jika hari tersebut kita menunggang motosikal sambil berbuat demikian.
Perkara yang hanya mampu memuaskan nikmat perjalanan pada hari tersebut terhidang di hadapan mata.
Lihat perut dia hahaha. Senyuman di sebalik helmet u tak lihat. Perut jer kami bagi u all lihat.
Bersatu teguh bercerai roboh. Tapi dalam hal makan ni siapa dulu dia lah yang dapat. Siapa banyak dialah yang kenyang.
Kami berkawan dengan semua geng tanpa mengira jenis motosikal pun
Masa untuk balik untuk mengejar matahari yang kian berlindung di sebalik tirai hujung minggu.

Minuman unik!! Pergi Pakan Mesti Try

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Aku Malas. Bagi yang meminati aktiviti memburu makanan anda boleh mencuba sejenis minuman yang diberi nama "5Campur". Minuman ini hanya didapati di sebuah kedai makan yang diberi nama Iban Cafe.

Pada masa yang sama aku ingin memperkenalkan cafe ini kepada anda yang sedang membaca blog ini. Walaupun lokasinya agak jauh dari bandar terdekat tetapi agak berbaloi untuk dilawati. Cuma 35 kilometer dari Sarikei.

Suasana dalam Iban Cafe
Lukisan beridentitikan dunia Iban. Lukisan En. Ngelai.
Iban Cafe bersebelahan kedai runcit Kaban.
Inilah minuman yang Aku maksudkan.
Kawasan parking yang adakalanya penuh
5 Campur. Adanya Almond, longan, wheat grass, herba dan ramuan misteri.
Makan sambil menghayati karya seni.
Kedai ini nama saja Iban Cafe. Tapi, dimiliki oleh tokey cina yang berjiwa 1 Malaysia.
Antara ramuannya. Wow..
Isk..isk.. minuman yang dapat membuang panas badan. Ramuan herba dan lain2.
Lukisan yang estetiknya umph!
Kedai paling hujung tu dia.

Pekan kecil namanya Pakan Episode 1

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ini. Lokasi terbaik untuk aku mencari kehijauan dan ketenangan bukanlah bandar raya mega atau hutan belantara. Tetapi, lokasi yang cukup untuk membawaku hanyut dalam masa tanpa ganguan kesesakan dunia moden. Maka, aku mewujudkan mood riding yang santai. Sampaikan dapat baring tengah-tengah jalan sebab terlalu cool dunia ini. Tenang.

Pakan. Pekan Pakan 96510 Julau, Sarikei Sarawak. Ini yang berkaitan dengan lokasi ride sempoi ini. Dunianya terletak di tengah Sarawak. Lengkap kemudahan asasnya. Ada sekolah, klinik, GYM, masjid, gereja, gelangang futsal, Stadium sukan, balai polis, bengkel, kedai makan, kedai runcit, ada line phone dan pusat penapisan airnya.

Populasi di sini sangat lengang. Memang tenang dunia di sini jika kita ingin mencari sesuaiu yang santai. Kes kenayah boleh dikatakan 0% dalam setahun. Rasanya aku akan post lagi penulisan tentang Pakan pada masa akan datang.

Soalan umum yang akan dijawab:

1. Apakah maksud Pakan?
2. Logo / Simbol / icon Pakan?
3. Jarak dari lapangan terbang?
4. Aktiviti tahunan?
5. Identiti Pakan?
6. Makanan minuman istemewa?
7. Lokasi menarik?

Sekian sahaja penulisan simple kali ini. Thanks to Mr.Daniel from Politeknik Betong sebab request tajuk berkaitan Pekan Pakan. Nescaya, pada mada yabg akan datang aku akan post lebih banyak tajuk berkaitan dengan Pakan. Sekian.

Blending with nature.
Parking macam ini boleh? Cari high speed wifi di sini. Its free.
Hujung sana klinik dan SK Ng Pakan.
Ya,aku lepak area ni. Malas dah nak gerak. So gambar area Pusat Jalur lebar.

Pertama kali makan Laksa

Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku malas.  aku ni bukanlah penulis yang suka mengulas topik berkaitan dengan makanan. Namun untuk kali ini aku relakan jari-jemari ini menulis tentang 1 menumeyanertama kali makan laksa yang kali pertamanya aku rasakan dalam hidupku.

Pelbagai jenis masakan dan makanan yang terdapat di kawasan setempat area sarikei sarawak. Pakan juga menyedikan menu masakan yang biasa kita nikmati di mana-mana kedai makan / cafe. Aku pernah mendengar beberapa nama laksa yang terkenal antaranya adalah laksa sarawak dan laksa Pulau Pinang yang pasti apa-apa yang berkaitan dengan laksa sememangnya pedas dan berasap. Namun kali ini aku mencoba laksa Paris. Walaupun namanya sedemikian rupa tetapi ia bukanlah masakan eropah. Gara-gara nama kedai berkenaan adalah Paris Cafe, maka Laksa Parislah namanya.

Paris Cafr. Ada bahagian Halal.
Bahagian hadapan kedai baru.
Isi ketam
Orang insan yang tidak tahan makan pedas aku rasa ini sangat sesuai dan sedap. Rasa berlemak santannya menjadikan mee tersebut lembut dan kepedasannya menyerap dengan perlahan. Sehingga manis isi idang dan ketam timbul terlebih dahulu di dalam mulut.

Pada harga Rm4.50

Ia sememangnya pengalaman yg best!!

Cantiknya LC itu!

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku malas ini. Ini bike milik Jonathan, gang bikers dan GYM Pakan, Sarikei. Motosikal Yamaha ini cuma dimodifikasi dengan sangat mudah pada kos 700 ringgit sahaja. Walaupun modifikasi ia begitu murah tetapi gaya penampilannya tetap mengancam.

Modifikasi bahagian hadapan dilakukan untuk lampu pada fairing
Footrest dan ekzos kelihatan baru dan cantik
Sedikit sentuhan pelekat ataupun sticker sporty
Jonathan, u menang ada bike yang umph!! Simple mod,tapi cun!! Mmg JPJ tak tahan kalau simple macam ni. Jangan sampai mody jadi robot dan exhaust meletop letop sampai beedarah telonga mak cik dengar.haha.

Kali pertama makan Laksa

Aku bukanlah blogger yang suka menulis tentang makanan tetapi kali ini rasanya lama dah aku tak tulis tentang makanan setempat. Apa yang istimewa kali ini adalah aku sengaja nak cuba makanan yang tidak pernah aku makan selama ini iaitu laksa. Selama ini aku selalu dengar nama-nama laksa seperti laksa sarawak laksa itu laksa ini dan kali ini aku nak cuba laksa Paris.

Ini bukan laksa orang eropah walaupun nama dia Paris laksa. Ia merupakan meniup makanan yang terdapat di sebuah kedai makan bertapak di Pakan, Sarikei Sarawak. ( kalau dalam poskod 96510 Pakan Julau ).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...