AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

1st Sarawak Day Ride Sibu Sarikei

22 JULAI 2016 - 4am.. mata sudah pun terjaga melihat apa yang bakal terjadi pada hari yang sungguh bersejarah ini. Hati menuju destinasi, Sibu ke Sarikei melakar sejarah di atas jalan berturap. Bertemankan jentera beroda dua, gergasi jiwa bergabung bersama. Tanpa mengira bangsa dan agama kita bersuara dan merayakan hari bersejarah ini. Selamat hari Sarawak. So, aku ride dari Pakan ke Sibu untuk menyertai episod ini. Daripada terus terlena melayan tidur lebih baik aku terjaga, turut serta menjadi pengkarya sejarah di dunia Sarawak ini.
Pagi yang redup dan sedikit renyai-renyai hujannya telah membuatkan aku betul-betul merendah diri di dunia ini. Aroma wap jalan berturap membuatkan aku lebih dekat dengan ibu pertiwiku sehinggakan aku menyedari inilah haruman duniaku di sini.
Aku melihat ramai insan yang menyertai program ini. Sama-sama menunggang motosikal sambil menghargai erti hidup harmoni tanpa mengira bangsa dan agama di tanah air ini.

Gambar atas. Kelihatan seorang ninja juga menyertai konvoi hari sarawak.
Otai otai sedang berbincang tentang perjalanan hari ini.

Sedangkan aku duduk dan melihat semua orang ditempat yang redup berbumbungkan awan tebal. Tidak kisahlah hujan atau tidak hatiku terus berkeras untuk melaungkan rasa bahagia meraikan hari ini.
Penganjur: Hornbill Clan dan Borneo Angels. Antara nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran di negeri Sarawak.
Waktu ini aku juga melihat bukan sahaja motosikal bertemu dengan motosikal. Jentera pelbagai jenama dan gaya disatukan bersama tanpa mengira saiz enjin. Manusia juga pun sama, pada hari yang bersejarah ini, tanpa mengira jantina kita raikan juga bersama.
Antara raider dari Sarikei yang menemani aku awal pagi. Team Inferno Bikers. Thanks guys.
Kelihatan buah nanas yang sangat besar. Destenasi yang akan kami tuju dari Sibu nanti.
Kamen raider pun juga menyertai konvoi ini. Mana gang helmet Predator? Hahaha.
Sengaja aku susun gambar ini tidak menurut kronologi. Biar setiap gambar ini berbicara dengan cerita yang berbeza. Yang pasti aku berasa amat tenang setiap kali menunggang motosikal ke mana sahaja. Dunia ini kita yang punya, tidak kisah duduk di mana-mana serta menghirup udara disana. Dunia ini kita yang punya.. nikmatinya selagi ada.

Gambar diatas menunjukkan aku yang sedang duduk dengan sempoi takala menghitung butitan air hujan.
Jentera Victory dan bendera Sarawak. 
Antara rider wanita yang paling kental pernah aku jumpa. Cinda namanya, bike.. bag.. dompet.. hiasan.. semua LV. Kawasaki KSR bergaya. PPM kat Skolah Ng Entabai. Slamat berkhidmat.
Jentera pelbagai jenama berkumpul bersama di perkarangan stadium Sarikei.
Wow.. kau ada?! Kapcai CBR1000 aku pun tak der benda nih.. terbaik bro.
Antara penaja kita, NOMA, SMC, SUPP dan UPP. Join juga bersama, Datuk Andrew, DO Sibu, YB dan VVIP .
Area jalan Julau. Setelah 1jam 45minit ride,speed x laju lahh..hehehe. gambar diatas menunjukkan beberapa orang penunggang motosikal yang sedang melalui jalan Julau.
Team Sarawak Teachers Bikers. The kental punya, yg helmet putih tu, Cikgu Tim.haha. 
Amboi, senyum beliau. Setibanya kami di Sarikei kami dijamukan dengan hidangan yang sedap. Namun bukan ini tujuan sebenar kami berkumpul. Makanan ini cuma mengenyangkan perut tetapi jiwa ini kenyang kerana semangat harmoni dan jiwa bikers.
Okay bro,Peace. Cuba hitung berapa orang yang membuat simbol peace.
Kelihatan tron yang bernilai 14 ribu ringgit sedang terbang di atas para peserta yang sedang mendengar taklimat. Rm14k youuu.. mahal betul.
Ramai yang nak cuba helmet kamen rider Aku Malas.
Wisma Sanyan Sibu. Semua peserta konvoi dilepaskan pada pukul 7 30 pagi.
Banyak jenis bike join. Makan asap lah aku lepas ni. Antara jententera 2 lejang yang ternama sedang berasa di hadapan. Harum semerbak kasturi.. indah mewangi minyak 2T.
The only D Tracker 150. Hebat bro.. join sama sama.


Dan semuanya ini tidak akan terjadi tanpa seseorang yang amat penting bagi Sarawak.

Thanks to
Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Satem.

Suaramu bergema mewarnai pentas tanah warisan Ibu Pertiwiku. Santai menyebelahi anak bumi tercinta. Meletakan diri sebarisan, sama tinggi dan sama rendah bersama menjulang sayap kenyalang. 

Sekian.

Fotografi Senja ( Pantai Sarawak )

Salam sejahtera penduduk bumi. Gambar sememangnya membekukan sesuatu itu dalam sebuah perhentian masa. Kesan visualnya menyebabkan hati kita terdetik lebih perlahan dan menyedut dunia sedar kita memasuki alam separa sedar. Gambar berikut bukanlah ditangkap menggunakan kamera DSLR mahal, bukan permainan Apature atau shutterspeed.

Ia hanyalah karya mentah dan segar keindahan alam. Thanks to my lil cousin ( Cik Futsal a.k.a Rebeca ke Rebecca? ) dan i Phone nya, saya akhirnya dapat berkongsikan kualiti pengalaman orang lain di pantai yang senja.


Lihatlah
Entah apa yang mereka fikirkan dan entah apa yang anda sedang rasakan disaat menyerap masuk cahaya gambar ini ke dalam sepasang bebola matamu. Jangan lupa untuk memikirkan bunyi desiran ombak dan belaian angin pantai yang resah. Adakalanya anginnya itu lemah dan adakalnya menjadi ribut. Jika dihirup anginnya ke dalam paru-parumu, terasa pertemuan antara udara kelam dan masin.

Sememangnya perjalanan hidup ini dipenuhi oleh warna. Adakalnya kelam dan buntu, dan kerap juga berwarna dan meriah. Soalnya sekarang, bagaimana kita menghadapi semuannya itu. Adakah kita hanya memandang lurus atau, kita mengapai pena dan melakar karya kehidupan hidup ini. Kita semua pernah terluka dan gembira. Kita sembuh bersama dan menikmati GST 6% juga. Semua di tanah yang tercinta ini kita lalui. Tetapi juga masih bernafas dan mampu menikmati 3 keping gambar mulus ini.

Akhirnya barulah kita sedar. Matahari sahaja tidak mampu menghidupkan gambar ini. Bila aku dan kamu tiada menyelami karya ini. Seperti kosong dunia ini. Eloknya kita terduduk sendirian, di pantai senja ini, memikirkan apakah yang telah kita lalui sepanjang usia ini. Memikirkan setiap dugaan yang kita telah tumpaskan. Mengenang kembali apa yang telah kita hilang dan menghargai apa yang masih kita miliki.

 AKHIRNYA, bayangkan ada tangan yang menepuk lembut bahumu, dan mengapai tanganmu pergi sambil berkata.. " Aku akan membantu dirimu mengejar impian yang teragung. "


Sekian.

Hijau Bumi Menjentik Indah Sunyi ( Part 1 )

Ada masa kita berhenti, ada juga tikanya kita terpejam. Ada waktunya kita tunduk setelah lama mendongak dan ada saatnya kita duduk setelah lama berdiri. Demikianlah indahnya kehidupan ini. Kerana terlalu lama mengurung diri di sebalik tirai kehidupan yang amat pantas meninggalkan siapa diri ini, aku lupa untuk menjenguk bayang-banayngku yang sentiasa menyembah tanah.

Tidak semua yang terbang akan selamanya di awan, ada masanya mereka hinggap di pohonan senja di pesisir pantai senja. Demikianlah hidup yang indah. Tidaklah terlalu asyik mengejar sehinggakan kaki yang terbalar dan lesu kita abaikan. Duduklah sejenak, sejukkan hati mengimbau siapa diri kita. Pejamkanlah mata sejenak, lepaskan sarung wajah kerjayamu, bukalah kasut hukum duniamu, keluarkan jiwamu dari penjara isnin.. lepaskan hatimu dari sangkar selasa.. buanglah sandungan rabumu.. khamis tidak lagi menggari kakimu.. tembok jumaat roboh disaat dirimu sedar... sedar... sedar bahawa hidup ini indah.. JIKA, hijau bumi itu memanggil dirimu.. segalanya seperti Sabtu dan Ahad.


Terjadilah satu kesepian seketika di fikiranku,
Melihatkan kembali siapa dan dimana diri ini,
Terjerat oleh siulan perjalanan lampau,
Disingkap oleh kepingan gambar,
Akhirnya berjasad juga definisi sunyi,
Terbuka mata namun masih buta,
Di depan sahaja ku lihat tetapi sejarahnya ku lupa,
Menyedari hidup ini rapuh namun murni,
Seperti biskut munchy,
Rapuh dan rangup namun manis dialami,
Kita jatuh sakit,
Kita pernah sakit hati,
Kita ragu-ragu dan takut,
Itu tidak mengapa kerana ia dialami aku juga,
Di luar jendela aku termenung,
Jeritan ketidakadilan merata-rata,
Orang gila menjadi raja,
Penyakit Viral dimana-mana,
Syukur..
Aku bukan sebahagian daripadanya,
Banyak yang lebih menderita dari kita,
Berhentilah seketika,
Sunyikanlah jiwa kita,
Bawalah diri jauh dari peradaban dunia,
Kita berteduh di pondok yang hanya ada cerita bahagia,
Senyapkan seketika telefon pintar, 
Bungkus dan tinggalkan di dalam perahu,
Jeti itu sentiasa menunggu,
Tiada kepalsuan sang teknologi,
Tiada propaganda melukai hati,
Tiada politikus rakus,
Yang ada hanyalah kita dan bumi hijau,
Selamat datang ke pondok istanaku,
Temani aku menjenguk dari jendela pondok kita,
Sama-sama tertawa melihat mereka di sana,
Kerenah dunia tanpa sempadan,
Sedangkan sempadan itu merantai mereka yang terbergantung,
Pupuslah harapan dunia nyata,
Segalanya menjadi maya,
Kini tinggal kita sahaja di dunia,
Masih menatap dari jendela,
Sehinggalah malam menjelma,
Kita semua bercerita sehingga pagi menjelma,
Izinkan aku membuka mata,
Ku dapati aku sendiri di jendela,
Sepanjang menulis celoteh ini,
Aku tahu di luar sana ada juga yang merasakannya,
Walaupun aku sendiri,
Ku sedari terbukanya mata ini bukan untuk berjalan,
Tetapi untuk bermimpi,
Dalam celik aku terlena.


Salam sejahtera semua. Thanks sebab ada cuba baca penulisan di atas. Aku ada beberapa keping gambar yang best nak dikongsikan dengan u all. Gambar ini diambil oleh individu yang bernama dot dot dot, ada pada gambar tu. U all dapat baca nama dia, Credits kepada si pemilik gambar sebab aku dah curi dan share gambar hasil kreativiti u dalam penulisan kali ini.

Gambar ni membuatkan aku terkenangkan zaman kecil aku dan mood aku sepanjang tinggal di sarawak. Dapat tak you all bayangkan ketenangan di sebalik gambar di bawah?! Aku betul betul nak cari home stay macam gambar di bawah. Aku rasa, tenang dan dapat luangkan masa 120% untuk mendekati kehidupan sebagai manusia yang sederhana dan BAHAGIA. Jom kita layan gambar berikut. Layan ikut cara Aku Malas.


Pada suatu ketika...

 Hari ke 1. Gambar di atas menampakkan beberpa tembikar besar! Orang Iban panggil benda tu "Bendo" sebut tu macam sebut "benda". Nampak juga Aloe Vera yang ditanam dalam bahan terpakai tu. Tong biru kan? Rumah ni tinggi macam pokok rasanya dan ia membuatkan aku rasa teruja untuk melihat kamu semua berada di bawah tu. Haha! Dinding rumah ni sangat antik gaya pembinaannya, tu diperbuat dari kayu tebelian ke? Super King Kayu Paling Keras di Dunia!! Jika dilihat ke hujung sana, kelihatan hutan menghijau. Ada gumpalan embun menandakan kelembapan kat sini baik untuk pernafasan dan kulit. Best dapat hidu bau rumput di awal pagi.

Malam pertama. Pelita, kalau aku bermalam kat rumah ni, aku akan jaga pelita tu. Main berhampiran pelita tu. Main tiup-tiup pelita lagi best apabila melihat nyalaan api dia melenggok lenggok menari.hehe. Lihat "Benda" tu, nampak antik.. ditambah lagi tikar anyamannya. Saya sanggup bermalam kat sini, cari inspirasi bersama En.Pelita. Panjang cerita dibuatnya.

Hari ke 2. Bangun di awal pagi setelah tidur memang best. Kalau malas cari tandas, jangan pula kencing kat beranda tu! Mentang-mentang tak ada orang.. Inilah dunia yang jauh dari undang-undang. U buatlah apa you suka, ini tema gambar ini. Dunia yang terasing, wow.. aku nak honeymoon kat sini boleh? itu idea aku, tak ada sesiapa yang berhak nak halang impian aku. HAhaha!

Malam ke-2.. Bekalan air masih banyak. Jendela terbuka dan mendengarkan muzik hutan. Cengkerik dan burung malam memanggil bintang untuk turun kemari. Pari-pari wujud ke? kalau tingkap tu dibiarkan terbuka mungkin seorang pari-pari kecil seperti Tinkerbell dalam cerita Peterpan Disney akan lepak join main pelita. Jangan jer terbakar sudah.. Eyy!! Ada bekalan air bersih dalam botol, ada periuk dan dapur. Aku rasa, aku masih mampu stay kat sini lebih dari 10 hari. Lihat atas tu, Gula dalam bekas plastik! Kita makan gula sebelum tidur nak? biar mimpi dan kenangan manis kita mimpikan.

Hari ke 3. Morning, itu yang biasa kita sebut kepada mereka yang kita rasa dekat di hati. Kali ini aku ucapkan Morning kepada pokok pisang. Malam semalam sewaktu aku tidur, aku mendengar daun-daun pisang tu mendesir macam cuba nak beritahu aku sesuatu. Janganlah macam cerita Thailand yang aku tonton dulu, hantu pokok pisang. Alaaaaa... hantu perempuan cantik yang menyedut nyawa lelaki yang ditidurinya. Mati dibuatnya! hahaha! Aku tak takut lah, minyak dan kuali kan ada.. kalau dia datang kita buat cucur pisang cheese lah. #PisangCheeseSedap! #TrendFoodAsia #PisangCheeseAwesome #CisSakitKenaPercikMinyakMasak!! #BanyaknyaHtag

Hai Andui, apa khabar? Aw..aw... tu lah yang aku penggil kat anjing. Kalau panggil kucing meow..meow.. ini anjing, so aku panggil aw..aw.. sebab bunyi dia macam tu lah. Cuba u all sebut aw..aw.. sepuluh kali. Haaaa... kan dah macam anjing kan? Cuba jelir sikit lidah tu.. Amboi, kiutnya. Hahaha! Aku beri nama anjing dalam gambar ni Andui. Nampaknya tak sunyi lah pada malam ke-3 aku nanti. Pandai dia naik tangga tu. Hehe! Anjeng Sarkas ni. Sesat dari Mexico sampai ke Borneo.

Sekian...

Pakan Sarawak Sarikei
Tubai Buah Laman Pakan 

D Tracker 150 2016 RM10,999.99

Ya, Kalau tak ada bajet sekitar RM11,000.00 ( Rm11k ) usah ditenung lama-lama. Sebab kalau lama sangat ditenung, hati akan berair dan menyebabkan si peminat akan tak lena nak tidur dan tak ada mood nak makan. Kali ini, aku curi-curi ambil gambar bike Uncle saya, nama beliau Mr. Simon. Dia baru jer beli bike ni, 4 tahun lebih dia loan sekitar Rm350 dengan downpayment Rm1000. Ni harga di Sarawak, kalau kat semenanjung.. confirm lebih murah. Haha, terbaik lah kat sana. okay, kita sambung story.

Bagi yang tak ingat macam mana rupa D Tracker sebelum ni. inilah gambarnya. Look smaller kan? Tapi, memang cun melecun juga. siap dengan USD fork.


Bike ni dah dipandu uji di jalan sarawak, feel sangat selesa. Gear 1-2 memang kuat youuuu.. gear 3-4 masih dapat tarik bike ni pergi lebih laju. Gear 5? Ya, bike ini sampai gear ke-5. Laju gak, boleh bawa badan 83kg aku ni pada speed 200km/j.. merepek betul! okay.. Max Speed is around 120km/j. Its a good bike and very easy to handle for orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bike. Banyak bahagian bike ini dapat di upgrade guna assesori KLX 150 sebelum ini. Maklumlah, frame dia sama.

Masih mengekalkan teknologi USD Fork depan yang menjamin keselesaan tungangan urban atau jalan berbatu.

Dimensi belakang yang lebih lentik dan kelihatan tajam. Takniah Kawasaki, peningkatan mendadak dari segi rekaan.

Piping yang kemas dan kelihatan lebih bulky. Terbaik lah, bunyinya lebih garang berbanding KLX150L original.

Cover tepi piping panas tu nampak smart. Kalau kasih cat warna lain selain hitam tentu nampak lebih cun melecun.

Moto ni tak kelihatan kecil. Walaupun pada asalnya D Tracker 150 memang agak kiut.

Bahagian tepi memperlihatkan enjin yang kelihatan serupa.. frame yang serupa..dengan generasi KLX 150 sebelum ini. 

Kotak apa pulak ni? siapa dapat teka dapat sebiji D Tracker.. :-P

Paparan spedometer yang lebih kemas dan menarik. Wow!! Tank minyak!! Dah ada warna!! sebelum ini hitam jer.

Keayuannya dari sebelah kiri. Cantik rumput.. eh! salah benda kena komen.

Sebelah kanan ada nya batang buluh yang mengeluarkan asap. Nak upgrade? Nope.. kekalkan yang ori.

Tekan right klick dan save dalam laptop korang. Dalam telipon pun boleh. Baca sendiri. 

Pengajaran dari cerita di atas adalah. Bike ni memang dah banyak berubah. Dulu mungkin banyak kekurangan, kini makin bagus. Kita manusia hendaklah sedemikian juga. Berusaha untuk perbaiki diri, agar dapat wang cukup hujung bulan nanti untu beli bike ini. Sekian. 

Thanks Uncle Simon ( Owner D Tracker ) Warga SK Ng Kedup, Julau. Sarawak.

Klik
Banding saiz dengan KLX 150 S 

D Tracker Makin Besar. ( Perbandingan saiz dengan KLX150 S )


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang setia membaca penulisan Aku ini. Kali ini aku nak show sikit perbandingan dari segi saiz. Saiz apa tu ya? jangan pikir bukan-bukan. Ini blog pemalas, tak nak benda yang compilcated. Ni nak khabaq tentang saiz yang telah dialami oleh jentera Kawasaki D Tracker. Sebelum ini, D Tracker merupakan sebuah jentera yang cute dan berjiwa motard. Kali ini, D Tracker 150 tampil dengan saiz yang lebih akil baligh. wow! Aku permudahkan cerita, aku bandingkan saiz dengan KLX 150 S yang Aku peram di rumah selama ini. Mempersembahkan perbandingan  D Tracker 150 2016 dan KLX 150 S 2010.

D Tracker 2016 lebih tinggi woooo!!

Tayar dia tak lagi saiz kecik macam dulu. Kini sama dengan saiz KLX 150.

Disk brake lebih besar! Fork lebih besar ( Memang besar dari dulu pun fork tu )

Tapi, tayar depan dia lebih kecil lah.. maklumlah, belum seeting utk Offroad.

Aku tak nak cakap banyak, biarkan gambar yang berbicara, sebab tak ramai yang gemar baca benda yang berjela-jela. Bike D Tracker ini kawan hanba yang punya Mr. Simon namanya. Beliau belik D Tracker ni pada harga Rm11K gitu lah. Harga Sarawak nih, beli kat Ing Motor Sarikei. Thanks sebab sudi buat sesi bergambar di waktu senja, tu sebab gambar agak kejinggaan. hehe. Sekian.

Read more here: Spesifikasi dia. http://aku-lazy.blogspot.my/2016/07/d-tracker-150-2016-rm1099999.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...