AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

8 Modifikasi Handsome Yamaha R25

Jika bercakap tentang modifikasi motosikal ramai yang berfikir tentang kos kerana ia merupakan aspek yang penting untuk menjaga motosikal dalam jangka masa yang panjang. Jika kita terlebih belanja modal untuk service dan kecemasan akan terjejas.

Berikut merupakan lapan jenis modifikasi yang boleh dilakukan oleh remaja apa lagi oleh golongan yang sudah berkerjaya kerana modifikasi ini tidaklah semahal mana. 8 modifikasi yang sudah cukup untuk menaikkan kecantikan Yamaha R25.

Siapa tahu nama benda ni akan dapat hadiah.haha!!
LED punya menggantikan yang membonjol stock ori.
Tank Condom besar dan cantik
Seat belakang. Nak single?
Slider penyelamat jiwa bike
Sembur cat DIY sendiri
Benda ni paling budak suka tukar.
Jangan tak tukar. Cari color sesuai.

Kemana kita nak pergi..

Saya lebih gemar mengkategorikan diri ini sebagai penunggang lone rider. Sedangkan di luar sana berlambak kelab bermotosikal yang sering menjalankan program mega dengan angkatan konvoi yang besar. Mahu tidak mahu memang saya juga ada menyertai beberapa kelab yang berdaftar. Dan ia tidak salah untuk kita berkongsi ilmu bersama dengan rakan yang sama komited dalam dunia ini.

Saya pernah menyertai program konvoi dan ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana disaat anda berserta dengan angkatan tersebut deruan enjin motosikal berkuasa tinggi menyedarkan anda dari lamunan mimpi. Namun bunyi tersebut tidak akan dapat mengubah siapa diri saya dalam dunia pemotoran ini.

Menunggang motosikal merupakan satu gaya hidup. Bagi saya ia merupakan terapi untuk saya menikmati keindahan dunia ini dengan lebih dekat. Ia mungkin membawa saya mengembara seorang diri atau berteman tetapi kerap kali saya menuruti naluri hati ini untuk mengembara secara rawak dan tanpa perancangan. Jangan hairan jika pagi tadi saya berada 800 kilometer dari rumah dan petang nanti saya sudah berada di dalam bilik mandi untuk merasakan mandian air panas.

Saya bukan penunggang yang tegar. Saya cuma penunggang yang ingin mendekatkan jiwa ini dengan bumi. Disaat hujan membasahi diri dan di saat mentari memijar tubuh ini saya merasakan hidup ini lebih bernyawa.

Ramai yang menyangka hidup seorang penunggang motosikal ini penuh dengan perkara yang tidak baik dan sinonim dengan gejala sosial yang negatif. Saya sendiri sering berpendapat sedemikian ttg perkara itu dahulu sebelum saya menjadi seorang penunggang yang artistik kononnya.

Kini saya telah menyelam dan melihat sendiri budaya dan gaya hidup komuniti bawah tanah ini. Bukan kemasyuran yang mereka cari atau bukan pemberontakan yang mereka sanjungi. Tetapi ia dari hati, ia adalah gema kehidupan yang diterjemah melalui jentera beroda dua tanpa mengira kecil atau besar kuasa jentera itu.

Sehingga kini saya masih duduk sendiri dan terpaku seketika kerana perubahan mengejut sedang berlaku dalam hidup ini. Mungkin dahulu saya sering meneroka hutan belantara sebagai seorang guru pedalaman. Scrambler merupakan jentera harapan bagi saya. Kawasaki KLX 150S,so sweet and resilient.

Kini saya 24 jam bersama dengan jentera di jalan raya. Tiada lagi hutan dan tiada lagi bunyian fauna. Berikan saya masa untuk memikirkan kemana arah tuju pengembaraan selepas ini. Yang pasti saya sentiasa melihat dunia ini adalah tempat berkarya.sekian.

Frank, kawan dari IPG Rajang
Ride ke dunia dalam hutan?
Pakan, pekan kecil di Sarikei Sarawak.
Semua jenis bike boleh masuk lepak.
Depan IPG Rajang
Kat mana tokong ni? Siapa tahu?
Minum kopi di Serian.

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung tukar dagu bedah mata masih biasa-biasa saja. Tapi kali ini kita bukan nak bercakap tentang tukar sikit-sikit, ini tukar satu kepala.

Yamaha yang saya jumpa ini sangat menawan hati. Kerana ia telah mendapat sentuhan yang luar biasa. Yamaha FZ 150 ini telah ditampal menggunakan satu set sticker yang beautiful. Fork depan juga telah dimodifikasi sehinggakan ia kelihatan seperti fork berprestasi tinggi.
Bukan itu saja, bike ini telah dipasang dengan satu set sportlight yang sangat cantik dan biasanya dipasang pada motosikal adventure ataupun dual purpose. Lain-lain modifikasi anda dapat lihat pada gambar yang aku upload.

Ini bukanlah gambar terkini tetapi ini merupakan gambar kenang-kenangan geng-geng Inferno Bikers yang sudi lepak ke Pakan Sarikei Sarawak. Mungkin disebabkan rindu akan jalan yang berliku itu sebabnya mereka lepak untuk melayan selekoh yang tajam dan santai di Pakan. Maklumlah jalan di sini tak begitu sesak dan dipenuhi kenderaan, bagi sesiapa yang nak mengasah skil main selekoh sila-silakan lepak ke pakan.
Lihatlah kepalanya
Scorpion exhaust
Warna keemasan
Hitam hijau dan emas
Tak sangka moto ini boleh menjadi sebuah seni
Fork depan yang kelihatan high performance
Lampu oh lampu mengapa engkau sungguh menggoda

Tangan Kita Sama Kisahnya?

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang lepak lepak dalam blog aku malas ini. Biasanya aku akan menulis tentang motosikal tetapi kali ini aku nak tulis tentang apa yang aku pegang. Sebab aku rasakan lama sudah tidak menulis tentang perkara yang remeh atau merapu. Tetapi yang remeh itu adakalanya membuatkan kita terfikir kembali akan erti kehidupan yang sementara ini.

Sepanjang aku hidup di dunia ini, aku tidak tahu berapa kali dengan ini telah terluka kerana terpegang benda-benda yang tajam. Jangan ini juga pernah membuatkan aku berasa jijik kerana pernah juga suatu lepak aku terpegang tahi cicak di tepi kerusi. Entah macam mana dia boleh berak kat bahagian yang aku selalu letakkan tangan. Dengan ini juga tidak kurang hebatnya kerana dengan ini pernah menderma dan membantu mereka yang memerlukan.

Mari kita layan gambar yang aku sempat bekukan di dalam album bergambar.

Inilah gambar aiskrim yang aku pegang sewaktu berada di sekolah pedalaman. SK Nanga Ju, Julau. Susah betul nak cari benda ni sebab itu aku panggil ini antara makanan mewah di sana.
 terimalah hakikat zaman sekarang kerana keropok masa sekarang tak sebanyak keropok zaman ada time kecik kecik dulu.
 inilah kelab permotoran yang aku follow. Tak tahu lepas ni ada orang yang invite lagi ke masuk kelab-kelab yang lain
Anak tikus. Inilah makhluk yang aku jumpa di dalam tabung motosikal aku. Maklumlah lama sangat tak menunggang motor sampaikan mak  mikimaus ( mikey mouse ) beranak di situ.
Jangan tanya apa yang aku sedang pegang dalam gambar diatas. Tak salah pakai botol susu.
Inilah paku yang mencucuk tayar motosikal yang berharga 800 ringgit. Adakah tayar ini masih mampu berfungsi dengan baik selepas ditampal ?
Musim buah di sekolah lama tidak akan ku lupa sepanjang hayat .
Katak oh katak kenapa panggil hujan. Antara spesis katak yang kecil. Tapi naruto dapat panggil katak yang lebih besar.
 gambar serangga yang entah macam mana aku nak sebut.. budak-budak menutup telinga kerana mereka takut serangga ini masuk ke dalam telinga mereka. Lubang hidung dan lubang mulut tak mereka tutup pulak.
Nyamuk yang tumpas di atas tangan. Sempena bulan april dan kempen pembersihan kawasan rumah untuk mengelak nyamuk.

Mr.Lani Said R25 Can reach 175km/h !!

Hello folks, I have an amazing day with my friend here. He claimed that his bike, that is Yamaha r25 can reach 180 km/h. The only modification he made is, changing the stock exhaust with a performance piping.

Amboi, tetiba jer aku ni berbloging menggunakan bahasa Mat Salleh. Hahaha! Tak mengapa, yang pasti aku dah terima berita dari kawan aku tentang bike tu dapat PUSH sampai 180km/j. Modifikasi cuma guna piping jenama " Performance ".

Ramai yang tak bertuah untuk memiliki bike yang dalam kondisi tip top. Berlambak bike di luar sana, namun tak semuannya serupa 100%. Ada yang dipasang dengan super sempurna dan ada yang mengalami masalah komponen. Tu sebab kena ada warranty, tak semua bike PERFECT.

Yamaha R25 Merupakan wabak 250cc yang telah berjaya memberi tentangan kepada Kawasaki Ninja 250 dan SL 250. Sehinggalah Honda memikirkan bahawa sudah tibanya masa menyuntuk DNA Moto GP " REPSOL " pada CBR 250 cc yang terkini.

Aku rasa R25 ni agak slim, dan mudah kendali. sesuai untuk rider yang baru. Walaupun slim, tapi sedap dan kacak. Bodynya yang tirus macam ikan jerung memang mampu memotong udara mengalahkan pesaingnya yang lain. Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...