AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Seperti Angin

Ku bahagia dan diberkati keranaMu Tuhan. Dan aku terus percaya, merasakan kehadiranMu seperti angin membawa berkat.. terasa Dirimu ada walaupun tak kenampakan.

Banyak yang ku lalui dalam hidup ini dan Engkau mengajarku melihat segenap yang baik baik. Segalanya itu terjadi di sekelilingku dan menyenangkan hati ini. Namun terlempar juga fikiranku sejauh ku Singapura, mungkin  seluruh dunia juga ku layari rasa yang dibawa dari Sarawak Malaysia ini.

Saat ini aku ingin mengatakan bahawa, aku memilih untuk percaya. Kerana hidup ini adalah sementara namun selamanya akan terkenang juga. Syukur atas segalanya.

Mungkin aku bukan yg bertuah kerana belum pernah melihatNya.

Namun, aku tahu.. bukan diriku seorang yg terbang tinggi kerana berkat Yesus.

Semuanya itu hanyalah Kerana aku memilih untuk..

PERCAYA WALAUPUN TAK PERNAH MELIHATNYA.

MENCINTA MESKIPUN TAK PERNAH BERSUA.

Inilah imanku.. inilah arahku.. menuju Dia yg terindah. Disaat mata rohaniku terbuka, ku tahu diriNya sentiasa disampingku.

Yohanes 20:29  Kata Yesus kepadanya: "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya.

Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."

Perbandingan tak masuk akal?! CBR1000 vs R25

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku ni. Biasanya kita melihat perbandingan bike atau produk yang sama kategori. Kira logik la tu kan? Macam Toyota Vios Vs Honda City.. atau Mee Sup Putih Vs Mee Laksa. Tapi, kalau perbandingan luar kategori pula apa macam? Ibarat Roti Canai Vs Mee Jawa.. dua dua sama asal usulnya dari produk gandum tapi class berbeda bak kata artis Indonesia.

Kali ini Aku nak buat perbandingan!! CBR1000 VS R25!!! Memang gila wei.. biar logik lah.. aku cuma nak bandingkan saiz dia saja. Bukan saiz power atau enjin. Tapi saiz body. Ye lah, banyak kat luar tu selalu tanya. Bike mana yang besar? Maklumlah, bike ni kalau makin besar, makin mengancam. ( Tu yang Aku pikir dulu, skarang tak lagi )

Jom lihat gambar bike Honda CBR1000 dan YAMAHA R25.

KLX 150 tak cukup tinggi? Gunakanlah Riser Kit

Apa kes ni? Tak cukup tinggi ke KLX150-S ni?! Belilah riser kit semurah Rm130 sahaja. Untuk fork depab dan monoshock dia. Nescaya naik 2 inch dari tanah.

Kebaikan menambah ketinggian bike? Aku dah test try cuba bike yang dah ditinggikan dan hasilnya. Bike lebih henjun dan tak pegun sangan bila offroad. Tinggi dan tak mudah kena kaki bila koner emergency di hutan. Rasa lebih selesa sebab tinggi. Haha! Lihat kaki Aku, dulu tumit cecah lantai sekarang tak cecah lagi. Kurang dari 1 jam pasang.

New Gang Sportbike di Pakan, Sarikei!!

Ini lah perkara best yang terjadi di Pakan. Now, officially ada CBR250, CBR1000, R25 dua biji dan diikuti yg terkini Z250!! Paling lama iaitu CBR250.. tu milik pengasas bikers di Pakan. Kira lone rider katanya. Sebab tak aktif riding, maklumlah.. keluarga dan tugas sebagai penjawat awam lrbih diutamakan.

Okay, mari kita ulang kaji jentera Z250 ini. Ia adalah jentera yang tidak asing lagi bagi peminat jentera beroda dua. Gaya ganas dan naked seperti ular tedung membuatkan bodynya besar.

Enjen serupa dengan Ninja250 membolehkannya meluncur di jalanan semaksima 170km/j. Aku rasa boleh cecah 180km/j kalau dah mody beberapa benda.hahaha!! ( Aku pakai CBR1000 pun biasa ride sekitar 150km/j jer. X nak laju lah, malas... )

Z250 sangat lincah, tungangan menyelesakan. Handle bar boleh laras. Tak sakit pingang kata kawan saya tu. Ride jauh boleh layan dengan bike ini.

Gear sangat lancar bila ditukar. Clutch lembut dan memberi reapond segera bila dilepaskan pada RPM yg rendah. Jangan risau, bike ni tak mudah padam kalau tak mahir main clutch.

Aku dan mainan berodaku di tapak pameran Pengakap

Salam sejahtera, hehe. Pada suatu hari yang telah berlalu. Aku meronda di kawasanku. Akhirnya temanku telah melihat kelibatku menaiki bike. Apa lagi, beliau pun mengajak aku support program.

" Aku Malas, bawa bike bike dan ATV you." Kata beliau. Aku pun support program Pengakap di Laman Pakan. Demi negara dan Belia. Kami memeriahkan suasana.

Thanks team Belia Pakan, Pengakap, SAO Raili, Ustaz Rejemi dan kawan.. thanks semua. Tak nak sebut semua nama, nanti jadi isu privacy dlm internet. Haha!! Aku x ada dalam gambar. ( ̄▽ ̄)~■□~( ̄▽ ̄)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...