AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Honda C70 Kiong Sing Sarikei

I saw a bike!! Ia merupakan bike lagenda yang telah hidup zaman berzaman melalui DNA moto cup. Seluruh dunia sememangnya mengenali produksi ini. Dari abang Posman sehinggalah abang Pizza Hut, bike inilah yang membentuk sejarah ronda-ronda manusia. MEMPERKENALKAN Honda C70!

Bike merah ini Aku ketemukan di balik bangunan konkrit Sarikei Sarawak. Kondisi comel dan bersih menarik hatiku.

Pemiliknya seorang Wanita, owner kedai rekaan alas kerusi / sofa / bag. Kedai dia ni lah tempat kita tempah alas seat bike yang unik-unik rekaannya. Jom layan gambar bike ni.

Konvoi kereta klasik Indon sarawak Sabah

Hari ini aku tidak mahu bercakap panjang. Gambar berikut merupakan antara gambar yang berjaya aku rakamkan semasa berada di Sarikei  Sarawak pada 20 november 2016 hari ini tadi. Kelihatan puluhan kenderaan antik dan kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran indonesia sedang mengadakan konvoi ke sabah. Aku sempat beramah mesra seketika sebelum meneruskan perjalanan hari ini. Sekian.

Sejenak di Autoshow Sarikei

26 NOV 2016 - Pesta buah-buahan atau Pesta Nanas merupakan satu pesta yang sinonim dengan bandar raya Sarikei. Pameran kenderaan merupakan antara aktiviti yang sering diadakan semasa pesta nanas.

Pameran yang diadakan bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan kenderaan yang cantik serta unit tetapi juga menyediakan ruangan untuk beberapa pertandingan. Beberapa kategori telah dipertandingkan untuk kenderaan dua roda dan juga empat roda.

Pameran ini juga bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan sesama individu yang memiliki minat yang serupa untuk kenderaan moden. Ia juga merupakan medan untuk mendedahkan dunia permotoran kepada masyarakat setempat. Hobi dan keseronokan diluahkan dalam bentuk karya seni melalui kenderaan. Ia merupakan sesuatu yang harus kita hargai.

Ia juga merupakan tapak yang amat sesuai untuk mendedahkan hobi ini kepada masyarakat setempat. Seringkali kita mendengar masyarakat menyalah anggap serta mengeluarkan statement serta spekulasi yang negatif terhadap individu yang meminati dunia permotoran. Perkara ini sering diluahkan dalam dunia media sosial dan ia amat menyinggung perasaan ramai peminat jentera dua roda ataupun empat roda.

Kita dinasihatkan agar membawa kenderaan dengan lebih berhemah agar tidak dikecam oleh mana-mana individu. Namun walaupun kita membawa kenderaan dengan kelajuan yang kita mampu bawa, ada juga yang berani untuk meluahkan pendapat yang negatif hobi peminat kenderaan beroda dua dan empat ini waupun semuanya mematuhi undang-undang jalanraya.

Exhaust bising lah.. lampu silau lah.. terlalu laju lah dan banyak lagi. Tidak semua pemilik kenderaan tersebut adalah orang yang jahat. Jadi, berpada-padalah menyuarakan pendapat.

Kita berharap masyarakat pada masa kini lebih matang dalam membuat spekulasi dan menulis pendapat secara terbuka melalui laman sosial.

( PS : Mungkin mereka yang cemburu dan tidak tercapai impian untuk memiliki kenderaan cantik tu lebih cenderung untuk menulis komentar yg Aggressive dan mengecam komuniti pencinta moto. HAHAHA! jangan marah )

Apa-apa pun semua kita merupakan manusia sama. Menyayangi kenderaan merupakan satu langkah yang menunjukkan rasa kesyukuran ke atas berkat yang diberikan oleh Nya. Mana-mana percintaan motor di negara ini sememangnya sayang akan kenderaan masing-masing. Cuma yang membezakan kita adalah sejauh mana rasa sayang itu dan sedalam mana rasa cinta itu. Kerana cinta dan sayang itu merupakan perkara yang berbeza. Sekian.

Antara sang Juara
Super letup!!
Siapa ada kereta antik?!
Dalam setahun, berapa kali jer dapat set volume MAX!! inilah waktunya.
Tema. Ni kulit ganas ni!!
Test turbo!!
The only liver red king!!
Local car memang kick lai!
Nombor plate pun antik! Wow..
Samurai datang mari!!

Episode 1 Kembara Pesta Pakan

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Sudah sekian lama aku tidak menulis apa-apa memandangkan agak sibuk beberapa bulan ini. Biasanya aku bercakap tentang motosikal atau merapu tentang makanan, namun kali ini aku ingin berbicara tentang kembara pesta Pakan.

Kembara pesta Pakan telah dimulakan episodnya pada tahun 2015 dan pada tahun ini ia diteruskan lagi. Tanpa diduga penyertaannya lebih banyak dari yang dijangkakan. Jika tahun lepas penyertaannya sekitar 40 orang peserta namun kali ini seramai 70 orang telah menyertai nya.

Lokasi pada tahun ini masih sama seperti tahun lepas namun ada penambahbaikan dari segi tentatif program. Sungai Skrang Ulu Entabai menjadi lokasi berkemah. SK Ulu Entabai pula menjadi lokasi untuk kami menjalankan khidmat sosial.

Untuk penulisan kali ini tidak banyak yang ingin aku tulis memandangkan aku akan menulis kisah kembara ini yang lebih teliti untuk penulisan yang akan datang. Cuma ingin aku bawa kita semua untuk mengimbas kembali kenangan pada tahun 2015 kembara Pesta Pakan. Sambil-sambil itu nikmatilah gambar yang berjaya aku ambil pada pesta pakan 2016 ini. Untuk melihat kenangan pada kembara 2015 tahun lepas pula, sila klik link di bawah. Sekian.

http://aku-lazy.blogspot.my/2015/09/pesta-pakan-special-2015.html?m=1

KLX 150 BF from Kawasaki.
Makanan mewah di hutan
Happy juga banyak2 macam ni
Tema tahun ini hijau.
Dalam hutan ketemukan memo ni.haha!!
Pasang kemah asing asing.
Jentera yang join
Team KTNS yang popular di Sarawak
Macam lari dari zombie jer kami ni.
Legen punya!!

Hijau C 70 Yang Sesat

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog manusia yang malas ini. Dalam keadaan malam ini aku sempat juga mengambil beberapa keping gambar sebuah motosikal yang boleh dikatakan lebih tua dari aku. Mempersembahkan Honda c70.

Motosikal ini dicipta pada sekitar tahun 70-an. Tuan punya motosikal ini menjelaskan bahawa beliau membeli rangka motosikal itu pada harga yang murah dan menghidupkan jiwa motor itu dengan memasang aksesoris padanya. Kos rendah itu saja hanya sekitar 300 ringgit tetapi essesories termasuklah tempat duduk dan pelindung chrome melebihi lima ribu ringgit.

Lupakan sahaja terdapat lebih dari 5 buah motosikal c70 honda yang masih dapat bergerak. Yang lain hanya tinggal rangka dan enjin sahaja.

Kelihatan masih menawan walaupun tidak seratus peratus di modifikasi
Perhatikan di hadapan motosikal itu kelihatan arca ataupun sesuatu yang sedang berdiri
Mungkin perlukan sedikit sentuhan lagi namun masih kelihatan menawan pada usia yang lebih tua dari aku.
Kasih sayang pemilik dikongsikan bersama dengan peminat yang berada di lokasi
Pak Ung Workshop!! Tempat lepak si C 70 Hijau.

Tak join Samarahan Bike Week

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Aku Malas. Toroko ( 2015 ) pernah mengatakan bahawa, pengembaraan yang tidak akan tamat adalah pengembaraan mencari perisa perisa baru. Toriko merupakan satu watak anime yang agak terkenal pada masa kini. Tak sangka juga sebuah cerita boleh tercipta gara-gara tema berkaitan dengan makanan.

Mungkin betul apa yang Toriko katakan kerana pengembaraan di jalan raya kita mungkin akan ketemukan penghujung dunia. Tetapi pengembaraan mencari makanan tidak pernah terhenti kerana dari kecil hingga dewasa deria rasa kita sentiasa berubah menjadi matang. Mungkin dulu kita tidak pandai memakan makanan pedas tetapi kini kita boleh menikmati makanan yang tidak pernah kita rela untuk telan.

Demikianlah cerita kepada kami yang tidak pergi Samarahan Bike Week. Satu program telah diadakan di Samarahan sehingga artis yang juga dikenali sebagai ikon rock tanah air iaitu Awie datang untuk membuat persembahan yang grand. Macam tak habis sahaja ayat aku diatas hahahaha..

Mungkin kami telah terlepas satu peluang yang amat istimewa untuk berkumpul bersama dengan peminat dua roda. Kita juga dapat tahu bahawa bikers dari Indonesia, Brunai dan beberapa negara lain juga ada terlibat dengan program ini. Kita mendoakan pergi dan balik bikers kita sentiasa dalam keadaan selamat.

Kami disini hanya mampu mendengar khabaran dari jauh sahaja sambil mengunyah rojak legenda yang terdapat di bandar kecil Bintangor. Nikmat menunggang motosikal dengan perut yang kenyang tidak boleh dikata dengan puisi mahupun sajak. Disaat menunggang motosikal dengan perut yang kenyang, perut itu bergesel dengan tangki minyak sehingga terasa getaran enjin motosikal yang menggoncang makanan yang sedang dihadam. Ribut yang deras dengan kelajuan 200 kilometer sejam motosikal itu menjadikan proses penghadaman lebih drastik.

Adrenalin dirembes di dalam salur darah sehingga usus kecil berdangdut memproses makanan yang sungguh sedap. Maafkan saya jika penjelasan ini tidak begitu jelas bagi anda. Mungkin anda tidak pernah mengalami perasaan ini. Jika anda ingin mengalaminya anda boleh membeli sebiji superbike dan pergilah memburu makanan yang sedap di sekitar tempat anda sehingga anda tersenyum lebar kekenyangan kembali ke rumah menaiki motosikal itu.

Motosikal + makanan = Terapi minda.

Setakat ni kita tak pergi jauh pun menggunakan motosikal mungkin disebabkan kekangan masa.
Jauh atau dekat jika kita menunggang bersama tetap terasa seronok juga.
Memburu makanan bukanlah sesuatu yang membosankan apa lagi jika hari tersebut kita menunggang motosikal sambil berbuat demikian.
Perkara yang hanya mampu memuaskan nikmat perjalanan pada hari tersebut terhidang di hadapan mata.
Lihat perut dia hahaha. Senyuman di sebalik helmet u tak lihat. Perut jer kami bagi u all lihat.
Bersatu teguh bercerai roboh. Tapi dalam hal makan ni siapa dulu dia lah yang dapat. Siapa banyak dialah yang kenyang.
Kami berkawan dengan semua geng tanpa mengira jenis motosikal pun
Masa untuk balik untuk mengejar matahari yang kian berlindung di sebalik tirai hujung minggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...