AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bike kecil Rm5500 dililus JPJ

Banyak jenis bike di dunia ini namun tidak semuanya akan diluluskan oleh JPJ untuk kegunaan di jalan raya. Namun, aku terjumpa sebiji bike yang kecil molek untuk dimiliki oleh peminat jentera beroda dua. Kalau kat Sarikei Sarawak, harganya Rm5500. Kalau kat tempat lain, mungkin lebih murah. Kami panggil bike ni Monkey Bike, walaupun ia bukanlah Monkey Bike keluaran Honda, tapi ia sudah cukup mewakili bike off road kecil terhebat Honda.

Monkey Bike

Cover Enjin Honda

Kecil tapi Mahal.

Tapi aku kali ini bukan bercakap tentang bike kecil keluaran Honda, tetapi bike dari syarikat Daichi. Sorry kalau tersalah eja. Yang aku tahu, bike ini produk Cina tetapi sangat tahan lasak serta mudah diselenggara. Bike ni keci jer, kaki boleh cecah dan tak ada masalah dari segi kestabilan. Kekuatan enjin pun boleh tahan, nak tahu berapa cc benda ni? bike ini tak sehebat Honda punya, ia dibawah 100cc. Maksudnya ia super jimat untuk minyak dan boleh digunakan untuk turun ke sekolah dan kemana-mana sahaja. Ke hutan? Boleh.. haha! ye lah, kalau lekat kat lumpur, angkat jer.. bukannya berat. ;-P




Bike ini sebenarnya seronok untuk dinaiki dan siapa kata bike ni tak ada gaya? hahaha! Sememangnya menarik dan murah. Sekian.

Ada Gaya? Banyak gaya.. haha!

Bukan Sekadar Hobi


Jelas sekali disaat aku berehat menikmati secawan kopi sambil membaca majalah bike, terasa keinginan untuk meneroka alam sambil merasakan belaian angin dan sentakan kelajuan.

Terasa juga masa menjadi perlahan disaat menikmati pemandangan alam di sebalik kaca helmet. Aku anggap hobi menunggang motosikal ini sebagai satu identiti dan terapi.

Sering aku mendengar kisah manusia yang yang menikmati keindahan dunia ini menggunakan jentera beroda dua ini. Siang mereka di Sabah malamnya pula berada di Kuching Sarawak. Betapa kecilnya dunia ini setelah dijajah oleh jentera beroda dua ini.
Tertanya juga diri tentang mereka yang sanggup ride jauh-jauh gara-gara untuk menikmati secawan kopi di lokasi yang tak pernah dikunjungi. Namun untuk aku, sebagai rider yang suam-suam kuku. Aku hanya menggunakan bike untuk melunaskan kerja-kerja di luar. Kerana terasa masa itu dapat dijimatkan apabila perjalanan ke tempat kerja itu lebih dinamik. Namun, ia akhirnya bukan lagi satu hobi. Ia menjadi satu keperluan dan gaya hidup.

Ibarat terasa seperti kekurangna kopi di pagi hari jika aku lama tidak menungang motosikal. Namun aku tidak membudayakan gaya pembuli jalanan, sering ku ingatkan kepada diri agar sentiasa menerapkan nilai murni semasa menikmati perjalanan ke destenasi. Aku sendiri adakalnya berasa tidak selesa dengan segelintir pengguna jalan raya yang adakalanya bersikap terburu-buru dan tidak memikirkan akan keselamatan diri dan orang lain. Aku tak ingin menyertai kelompok yang dicop sebagai pengguna yang tidak berdisiplin dan rendah moralnya.

Adakah meletihkan menungang superbike? tak juga... adakah terasa panas dipijar matahari lalu sejuk dikala hujan? Banyak yang aku rasa.. namun segalanya atas nama Kehidupan dan Keseronokkan. Inilah hidup yang bernyawa bagiku. Bekerja aku gunakan Kawasaki KLX 150, ramai kata benda tu namanya scrambler.

Tidak dinafikan banyak kekurangan menggunakan jentera dua roda jika dibandingkan dengan 4 roda. Namun, satu perkara yang sentiasa memenangi hatiku jika diungkit tentang jentera dua roda, iaitu keseronokan dan kebebasan semasa meredah alam menggunakannya. Sekian.

Ku temukan mereka kerana jentera ini.

Aku dan Kawasaki KLX saat ini

Ya, untuk kali ke berapa saya telah berkongsikan pengalaman menggunakan Scrambler ( Kawasaki KLX 150 ) Kali ini aku nak kongsikan lagi kisah KLX yang diguna ke sekolah. Laluan kami tidaklah sebrutal mana, sebab ada kawan aku di tempat lain sering becerita tentang pengalaman masuk lupur dan bergolek-golek. Maaf jika aku hampakan anda kali ini, sebab penulisan ini menceritakan ketahanan bike DP ( Dual Purpose ) Kategori kecik ini.


Aku merasakan bike ini sangat tahan. Tambahan pula ia sangat cantik, semakin cantik bile kena lumpur. Jadi tiada keraguan lagi jika anda peminat bike besar atau kecil. Saya sarankan anda membeli Kawasaki KLX-150. Agak tak adil buat jenama yang lain seperti CRF dan RM dari Honda dan Suzuki. Sebab aku belum berpeluang untuk merasakan kenikmatan menggunakan jentera berkenaan menggunakan laluan off road di sini. Jika ada rezeki, aku akan buat review simple ttg bike bekenaan.

Namun sebagai testemoni, aku merasakan Kawasaki dah buat yang termurah dan terbaik untuk jentera KLX di negara kita. Kerana alat ganti dan harga bike itu sendiri sememangnya mampu milik. 

Adakah aku pernah jatuh bergolek guna bike ini? 
ya.. pernah dan bike ini tidak mengalami kerosakan serius. Ringan dan tahan, itu yang kita nak. 

Adakah aku pernah mengalami kerosakan bike di hutan? 
ya.. namun mudah dibaiki.. maklumlah mesra pengguna. 

Adakah aku pernah masuk air guna bike ini? 
ya.. bike masih hidup dan masih ganas untuk dimasukkan ke dalam air di masa hadapan.

Adakah bike aku disimpan di tempat terbuka? 
 ya.. tahan cuaca.. tak banyak yang berkarat setakat ini. Tak juga orang curi di dalam hutan.Haha!

Adakah bike aku masih sekuat seperti kali pertama dibeli? 
Tidak.. sebab aku merasakan bike ini makin hari makin kuat! mungkin minyak enjin yang aku guna ni bagus.. pikap makin kuat.. serius.





Dalam hati nak upgrade Kawasaki KX-125 2 stroke. Walao ehh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...