AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Ride ke Kuching Sarawak Mengejar Impian ( END )

Dari rumah mengejar sesuatu dan muncul dari hutan demikianlah kisah aku dan dua orang rakan yang masing masing menunggang superbike dan sportbike. Hidup bagaikan roda,ada kalanya kita di atas ada kalanya pula kita di bawah. Demikianlah kehidupan, tidak selamanya kita bermendung. 20 Feb 2015, boleh dikatakan sejarah buat bikers dan jalan Shin Yang. Kerana ia merupakan julung kalinya superbike menggunakan jalan berkenaan untuk ke Kuching dari Pakan. Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam lebih setelah beberapa kali berhenti untuk mengambil gambar akhirnya membawa kami tiba di Kuching.

Dari Pakan ke Kuching. Menggunakan Honda CBR1000cc jalan offroad, gila ke apa? thanks to Mr. Rox dan Mr.Frank dengan jentera Honda 250 dan Yamaha FZ. Tiba juga kami di destenasi. Syukur..



Suasana dari luar tempat penginapan kami, kelihatan masjid berwarna emas menyerikan keadaan panorama di sini. Hati terasa debaran mencari permata menggunakan jentera beroda dua. Aku hanyalah gelandangan yang menikmati alam tanpa kongkongan. Ingin mengejar impian dan menimba ilmu.


Damai, selalu dengar nama lokasi tersebut..namun tak pernah singgah di sana. Kali ini kami ke sana untuk menikmati suasana senja yang indah dan damai.. ya, mungkin tempat ini mendapat namanya dari perkataan adjektif "damai" sesuatu / suasana yang menenangkan. Namun, hatiku belum ketemukan damai sejati. Kerana ada sesuatu terbuku di sana, dalam dan penuh rahsia.








Secara peribadi, aku paling suka gambar di atas dan di bawah ini. Gambar di atas menampakkan sebuah gunung ( Mungkin gunung Santubong? entah, tunggu sekali lagi aku ke sana buat kajian) menjadi latar belakang superbike Honda CBR1000 dan BMW 1000. Kelihatan senyuman cikgu Asmady dan disambut oleh warna senja yang agak kejambuan. Indah gambar ini. Aku ingin kembali ke sana lagi. Gambar di bawah pula menunjukkan seorang manusia sedang berdiri di tepi ombak, entah apa yang difikirkan.. biar kalian semua yang menjangka apa yang dia fikirkan.



Malam itu, kami menamatkan kisah di sebuah kedai makan di Summer Mall. Mereka kata, area ni tempat bikers selalu berkumpul. Patut lah kami boleh parking sampai ke depan, walaupun ada papan notis amaran saman jika parking salah. Bijak strategi pemilik bangunan ini, superbike menjadi tarikan.. sekian. Jom makan nasi lemak dan minum Horlic suam. Hati terasa tak tenang, inilah Summer Mall, ia amat dekat... sangat dekat..

Tandas Unik di Layar Saratok / Betong

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Sentiasa beperasangka bauik merupakan amalan indah. Demikianlah aku dalam menjalani kehidupan ini. Usah dicari kelemahan, carilah kebaikan kerana ia membina kita dari dalaman. Ok, pada Tahun Baru Cina yang lalu, aku telah singgah di sebuah lokasi di Layar. Petronasnya menjadi tempat mengisi minyak, dan area rest dan stopnya pula.. wow.. Tandas Amazing. Ala-ala Tandas di dalam taman. Jom saksikan tarikan indah di tengah jalan! Jom saksikan ( Jom baca pantun dalam tandas tu!! )


























Sekian sahaja, terima kasih sebab lepak sejenak dalam blog aku malas ini. Nak tahu kisah perjalanan sehingga terjumpa tandas ni? Klik pada link di sebelah yang bertajuk " Ke Kuching Mengejar Impian "

Ke Kuching Mengejar Impian Episod 2

Salam sejahtera kepada semua yang terserempak dengan blog ini. Hidup hanya sekali, berbuat baiklah sepanjang masa. Dengan hati yang senang aku berdoa moga perjalanan pada kisah ini berjalan dengan lancar. Ini merupakan sambungan kisah ride aku ke Kuching tapi tak sampai-sampai lagi nampaknya. Rujuk Episod 1. 

Dari Pakan menggunakan jalan offroad Shin Yang tembus ke jalan Saratok. Itulah adventure manusia yang menggunakan Superbike dan sportbike pertama di jalan tersebut. Singgah sejenak di Petronas Layar dan menikmati Tandas yang sangat Unik di sana. ( Nanti saya Post tentang tandas tu, cantik gambar-gambarnya )



Perjalanan diteruskan sehinggalah kami berhenti sekejap di area Lachau ( Betul ke ejaan ni? ). Kawasan persinggahan sebelum tiba di Serian. Di sana aku merasakan satu perasaan yang nostalgik, seakan-akan mengenangkan emosi mengejar sesuatu yang telah lama aku usahakan dan berkali-kali aku lalui. Setelah berehat selama 15 minit di Lachau, kami pun beredar. Kelihatan sayur-sayur segar yang dijual oleh penduduk tempatan terbiar setelah banyak yang berhenti di kawasan ini hanya disebabkan hendak menggunakan tandas awam. Bukannya membeli sayur. 


Setelah beberapa jam menunggang di jalan Serian. Akhirnya kami tiba di batu 10. Tempat ini amat asing bagiku. Kerana ia asing, aku berasa bebas untuk duduk di kaki lima seperti seorang pengemis. Bukannya orang kenal di sini diri ini siapa. Aku hanyalah seorang pengemis memori. Mengumpul cebisan yang bertaburan di laluan ini. Kehausan ini dilegakan oleh minuman 100 Plus yang dibelanja oleh rakan ( Thanks En. Rox Medical di Klinik Pakan ) Dia pula membeli ubat gigi dan berus gigi di kedai runcit, memandangkan dia lupa membawa dua benda tersebut.


Akhirnya cikgu Asmady telah tiba dengan BMW 1000. Bunyi bike beliau mengegarkan bangunan di sekitar ini. Mengalahkan bunyi merecun Tahun Baru Cina yang sedang disambut pada 20 Feb 2015 tersebut. Beliau berhenti sejenak sebelum membawa kami ke tempat penginapan. Entah,apa yang sedang bermain di hatiku takala jantungku berdenyut makin kencang. Hanya tinggal kurang dari 20km lagi bandar raya Kuching. Tunggulah aku..




Akhirnya kami tiba di sebuah hotel. Lupa pula nama hotel tersebut, yang pasti ia terletak di kawasan anak patung ( tugu ) Kucing yang melambangkan bandar raya Kuching. Kami mengambil masa untuk berehat dan mengumpulkan tenaga untuk perjalanan seterusnya. Nampakknya, mereka menurut sahaja kemahuanku. Kemana lokasi yang aku pinta, kesitu mereka akan bawa. Sedangkan aku masih buta akan selok belok jalan di dunia Kuching ini. Thanks semua.

Setelah 2 jam berehat, suasana petang menjemput kami untuk ride ke pantai. Menikmati matahari yang lemas di hujung pantai. Inilah yang aku lihat di sebalik tingkap... penjara di sebalik keindahan hotel. Emosi yang masih terpenjara. Meronta-ronta ingin ketemukan sebuah janji. Perjalanan ke tirai senja bumi.. Sekian.

-Bersambung di episod 3-

Ke Kuching mengejar impian Episode 1

19 / 02 / 2015 - Teringatkan lagu Sonata Musim Salju, demikianlah irama yang memenuhi ruang fikiranku dengan pengaruh khayal Issey Miyaki aku memaksa dua orang rakan rider untuk menyertaiku ke Kuching Sarawak. Bermulalah RIDE YANG TAK AKAN DILUPAKAN oleh kami bertiga sepanjang hayat ini. 8.00 Pagi, semuanya Bermula... EDISI PETRONAS LAYAR

Petronas Layar.

Hujan renyai-renyai menyertai perjalanan kami di Pakan, entah mengapa rakan-rakanku kelihatan sangat bersemangat. Nampaknya kami akan menggunakan jalan pintas Shin Yang yang tembus ke jalan Saratok. Nampaknya kami tidak perlu melalui jalan Pakan, Sarikei, Jakar, Sebangkoi dan Roban. Bunyinya agak berbaloi tapi.. Kasihan bike 1000cc menjadi bike Offroad.

Setelah keluar dari laluan tersebut, terasa lenganku yang terseliuh menyengat-nyengat rasanya. Hanya Frank yang mengetahui tentang tangan aku. Rock tidak tahu, enggan ku beritahu supaya dirinya tak risau. Maklumlah, dia kan kerja sebagai Paramedic. Dalam hati terasa serik nak guna jalan tu, sayangkan bike, sayang lagi pada badan yang lenguh.

Kami pun stop di Petronas area Layar sebelum Betong. Sewaktu mengisi minya, kelihatan Frank dalam keadaan gusar. Tayar bike Yamaha FZ nya mengalami masalah! Kelihatan Mud Guardnya juga telah pecah. Betapa ganasnya jalan itu mendera kami. Jalan itu sememangnya pendek namun agak berbatu. Lantas aku membantu Frank membaiki tayarnya. PErut yang lapar tidak dirasai apabila dalam keadaan cemas. Akhirnya masalah tersebut selesai. Syukur tayar bike itu tubeless, dapat dibaiki dengan segera. ( Patut lah dia ada masalah nak memotong kenderaan tadi, slow betul nak potong hampir kena langgar )

Setelah minyak diisi, kami berehat sebentar di tempat berehat. Ternyata masakan Melayu Sarawak telah memberikan kami tenaga untuk terus ride ke destenasi impian. Sebelum bertolak, kami melawat tandas untuk menunaikan hajat yang terpendam. Ya Tuhan, cantiknya tandas.. ( Nanti aku tulis Enteri Baru tentang Tandas di Stop & Rest Layar )

Aku berbekalkan Honda CBR1000, Rock dengan Honda CBR250 dan Frank Yamaha FZ 150. Setakat ini sahaja episod ke Kuching. Belum lagi cerita di Lachau, Serian, Damai, Samarahan dan Kuching... Ada cerita Hantu juga, sebab kami balik malam.. Nanti sambung la. Sekian.

Bike Frank masih Okay.
Manusia pertama mini konvoi guna jalan ni.

Hujan membasahi baju

Debu dan batu menghiasi bike.

Frank, bike you.. pecah.

Tandasmu Pujaan kami. Sebab Ada Zoo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...