AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Offroad Musim Hujan

Merempuh sungai kecil selepas mencuci tayar.
Sejenak meninggalkan Bike 1000cc di rumah, aku meneruskan langkah kakiku menuju hutan dara yang menempatkan 10 orang rakanku yang lain serta 28 orang muridku. Ya, inilah masa offroad ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju!! Sekali lagi Aku Malas akan kongsikan sedikit ayat tapi banyak gambar yang berbicara kepada anda tentang pengalaman masuk ke sekolah pedalaman P3 di Bahagian Julau!


Di Pakan, beli bekalan dulu.
Credits: Indai Discount Store Pakan

Stop di Jalan Engkamop

Kotor dan comot KLX 150 ni

Jika dilepaskan bike, nescaya tak tumbang.

Relax sebentar di tepi sungai
Seperti biasa aku akan menunggang Kawasaki KLX-150S. Entahlah bila lagi akan akan memiliki CRF Honda atau paling Ultima iaitu KTM Offroad! Mahal KTM tu beb, paling murah pun sekitar 40k. Ok, sambung balik cerita kita..

Menggunakan Kawasaki KLX kecik ni pun kira berbaloi dan venture juga dengan rakan-rakan seangkatan. Musim hujan menjadikan laluan kali ini lebih mencabar biarpun kemi menggunakan tayar yang paling berbunga pernah syarikat Swallow hasilkan. Ya kami menggunakan tayar Terra-cross.

Tanah di jalan Engkamop Pakan merupakan tanah yang sangat becak dan lembut. Namun, jalan Engkamop telah ditabur dengan batu sebelum ini. Maka, laluan di jalan tersebut tidaklah mencabar sangat. Laluan ke jalan Nanga Ju terbahagi kepada 2 peringkat, separuh jalan pertama adalah tanah merah yang sangat halus. Ia menyebabkan tayar hilang cengkaman jika tayar terlalu laju berputar.

Jalan yang rosak disebabkan lori?

Peringkat kedua, jalan masuk ke simpang Nanga Ju, tanah di sini agak bercampur dengan batu kapur. Walaupun ia agak licin, tetapi cengkaman pada musim hujan agak baik dengan adanya butiran batu-batu yang telah pecah.

Jambatan runtuh
Perjalanan hari tersebut memakan masa selama 4 jam, kami banyak sangat stop dan ambik gambar. Tak lupa juga mencuci tayar bike beberapa kali disebabkan bunga tayar sudah diselaputi tanah. Yang pasti, segalanya berjalan dengan lancar, tiada bike yang tumbang, cuma 1 jer.. aku lupa makan tapau makanan, sebab terlalu syok ride. Balik rumah terus tidur lepas mandi dan makan. Terasa puas.. sampaikan tidur pun aku tak sedar.. Sekian.

Musim hujan dan Aku

Salam sejahtera kepada semua yang membaca Blog Aku Malas. Aku ni malas cakap panjang jika tiada isu hangat, so biarkan Gambar dan beberapa baris ayat menjelaskan kisah untuk tahun Baru ini. Hehe! Aku ni bukan jenis yang cari pasal dengan cuaca, kalau hujan.. aku tak gi ride biasanya. Namun kalau dah kemaruk sangat, aku akan ride juga. HAhaha! 

Stop jap tunggu hujan berhenti.

Happy sikit lah ride dalam hujan kali ni. Sebab dapat ku rasakan kesejukan sehingga ke tulang, apa lagi bila aku sengaja tak pakai jacket hujan. Hanya beralaskan T-Shirt sahaja pun jadi. Hujan bukannya penghalang, namun kerana sayang dek Bike yang kebasahan dan bakal berkarat.. juga sayangkan nyawa time ride dalam hujan, tu yang buat aku kena fikir masak-masak. Masak apa? 

Duduk sekejap selepas mencuci bike.
Lepas ni plan nak ride lebih jauh dari area yang biasa aku lawati. Sarikei, Sibu dan Julau dah dijajah. Lepas ni jauh sikit la. Sebab aku ni utamakan kerja daripada Hobi, maka harus ditunggu tibanya cuti agar dapat dilaksanakan pengalaman riding yang indah dan bermakna. Kemana lepas ni? Lawas atau Lubok Antu?

Repsol oh Repsol

Dah bersih keduanya.
Yang pasti Ahad hingga Jumaat tengah hari aku ride Kawasaki KLX-150S untuk ke sekolah. Selebihnya bermanja dengan CBR1000 kesayangan ini. Hehe! Weeeii.. aku tak bercinta dengan bike okay? Just nak luahkan bahawa aku ni jaga barang tak bernyawa dengan baik. Sedangkan bike dijaga sedemikian rupa apa lagi mereka yang bergelar manusia. HAha! Sekian.

Bike bukannya ada nyawa, tapi disebabkannya ada kisah.. maka ia tetap memiliki jiwa

Helmet Repsol daripada Apis

Aku dah minta seorang kawan buatkan aku sebiji helmet Repsol. Okay, sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang sedang berada di planet Earth ini. Hahaha! Pertamanya aku terasa nak complete kan penampilan bike ni dengan beberapa barangan termasuk helmet. So, ini adalah my first step untuk santai-santai menikmati dunia bike ni.







Siap Akhirnya!!

Apis Post di Facebooknya. Aku tak ada Facebook. HAha!

Thanks Apis ( AAG a.k.a apiszairbrushgallery ) kerana telah menjadikan helmet idaman aku ni menjadi realiti. U all boleh minta dia buat apa-apa airbrush work dari bike ke kereta. Jangan pulak minta dia mengecat mak mertua u all supaya jadi lebih putih mengalahkan produk Terlajak Laris D'Herbs. Hehe! Tapi u all boleh tanya Apis lah.. mana tahu, dia ada kemampuan untuk mengecat manusia gak. Tanya dia kat 016-575 1065 whtsapp / wechat katanya. Atau buka Facebook Beliau dengan search Apisz Piece. Yang nak buat Water Transfer, airbrush, bodykit custom dan lain lain sila-silah call or contact beliau.

Jangan cakap banyak, jom tengok hasil kerja beliau. 












Comment Aku Malas:

Helmet tu kemas hasil kerja tangannya, bukan nak mengampu. Memang dah hakikat kalau 8 layer coating kat luar! nampak berkilat dan sukar untuk bercalar. Kualiti bagus, terbaik dari ladang pada harga berpatutan ( Murah beb.. ) Sekian saja..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...