AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Siapa Dapat Teka Bike Ini?

Sedang aku berjalan bersama teman gue si Franco akhirnya kami telah follow sebuah bike yang berwarna merah darah. Ngaumannya seperti bunyi 4 silinder namun memiliki paras rupa yang slim lentik dan nostalgic. Entah, terasa gerun di hati dan misteri menyelubungi jiwa kerana aku tidak pasti bike ini asalnya dari bumi atau planet Marikh si merah misteri. Akhirnya kami mendekati rida / rider tersebut. beliau mempersembahkan dirinya sebagai Mr. ( Mask Rider ) D'Son. Akhirnya kemi melepak dan menyedut kopi sambil bercerita tentang bike beliau. Anda dapat meneka bike berkanaan? Clue pertama.. ia adalah keturunan Kawasaki. 

Lihatlah lampunya. Bike apa ni?

Tengok piping dia. 4 tube beb!

Erkk, ekornya yang dah diberi sentuhan. Sukar diteka jenis apa bike ni. Unik.

Razor sharp tail!

Setahu aku, tak banyak bike yang ada salur intake macam ni. Alien!

Memang identiti bike ni. Siapa dapat teka?
Ok, dah puas melihat petunjuk-petunjuk tentang misteri bike ni? bagi pengemar bike, tentu mereka kenal bike Kawasaki apa ni dengan hanya melihat lampu dan air intake dia. ini adalah Kawasaki ZXR 400 kalau tak silap gue. Kalau nak lihat bike superb ini yang factori punya lihatlah di bawah. Sekian.

Ride mencari Kiwi

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ala-ala jurnal aku ni. Kali ni aku nak tulis benda yang baru berlaku seminggu yang lalu iaitu misi mencari buah KIWI. Ikhlas dan jujur aku katakan aku ni tak pernah makan buah ni. Jangan banyak comment ya? sebab komitment aku terhadap makan eksotik lebih tinggi daripada berusaha merasa buah yang common sangat kebanyakan orang rasa ( Sebenarnya aku nak sangat rasa buah Kiwi tu.. huhuhu.. ) Lawak ke dengan seorang rider x pernah makan Buah Kiwi? Ini agenda serius, sebab aku pencinta makanan, so aku nak rasa benda tu juga. 

Servis sebelum mengaum mencari Kiwi
Credit: Pak Ung Workshop. Pakan. Sarikei

Franco, apa yang kau fikirkan tu? 

Sedang-sedang aku ride ke Pesta Nanas di Sarikei aku menetapkan matlamat untuk mencari sebiji buah lagenda dari luar negara iaitu buah kiwi ( Legend lah sangat.. ) akhirnya pencarian aku telah menemukan aku dengan raida / rider FZ150 iaiti Mr. Franco. Beliau mengoffer diri untuk menjadi sidekick dalam perjuangan aku. Akhirnya kami ketemukan Buah Kiwi di market Sarikei. Well, syukur bontot CBR aku ni muat untuk menyimpan buah tersebut. Dengan itu, kami teruskan perjuangan kami untuk ronda-ronda sejenak di kawasan Sarikei sebelum balik. Ye lah, dah lewat ni nanti mak marah kalau lewat balik.

Jeng jeng jeng inilah kiwi murah jer.
Credit: Annette Chai Manager rasa-rasa sedap.

Baru tahu lokasi orang jual kat sini. Selama ni tak jumpa-jumpa.
Ok, nak dengar apa comment aku terhadap buah Kiwi ni? Baiklah ini comment aku selepas makan buah kiwi ni. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. Haa, itulah commentnya. Sebab ia merupakan satu rasa yang kali pertama aku rasa dalam seumur hidup ini, maka aku tak dapat nak kaitkan rasanya hampir sama seperti buah apa.. kepada yang pernah makan buah Kiwi tu, congratz. Bagi yang belum, better cuba.. sebab buah ni sedap tapi, kalau digabungkan dengan teh, rasanya lain macam. unik.. tak macam strawberry, anggur pun bukan.. macam kombinasi honey dew dan petai?! masam masam manis. Sekian. (=^_^=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...