AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

KLX untuk bandar dan hutan


Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Lama sudah aku tak post tentang bike. Ok, kali ini aku nak bercakap tentang Kawasaki KLX 150 S. Sebelum ini bike ini pernah menerima pujian dari Motorcycle USA kerana ia memiliki dinamika dari aspek penggunaan di pelbagai suasana. Dengan gaya yang menawan dan ketahanan yang tinggi, Kawasaki sememangnya ingin menunjukkan kehebatan mereka dalam menghasilkan bike yang memiliki ruang lingkup kegunaan yang luas.

Aku telah menggunakan bike ini lebih dari Sebulan. Keadaan jalan ke sekolah pedalaman sememangnya amat mencabar apa lagi aku terpaksa membawa muatan lebih seperti laptop, bekalan makanan dan banyak lagi. Jika dibandingkan dengan pelumba yang hanya membawa badan mereka sahaja, aku sememangnya seronok mendera KLX 150 S ini namun ia tetap bertahan.

Bike ini sungguh selesa ditunggang di atas jalan yang berbatu, semasa menaiki bukit yang curam fork depan bike ini memberikan keselesaan dan keselamatan yang diperlukan. Swing Arm di belakan juga tidak terlalu lembut dan sesuai dengan berat penunggang dari 60kg ke 90kg. Bike ini sangat jimat minyak. Aku cuma membelanjakan Rm20 untuk perjalanan yang brutal dan jauh ke sekolah saya. Kalau x silap ulang alik sekitar 100km kot? mungkin lebih.. yang pasti banyak bukit dan jalan berlumpur. Ini yang menjadi faktor ujain sebenar bike ini. Jom lihat gambar bike yang saya katakan itu. Bike ni dah saya hias2.. biar semangat sikit turun ke sekolah.









CBR bertemu CBR jom buat team

Ni gambar lama dan cerita lama. Namun terfikir juga nak update blog tentang saat-saat lepak dengan sorang bikers yang mengkategorikan dirinya "lone rider" bertemankan CBR 250. Kasihannya mendengar beliau a.k.a kawan gue yang mengkategorikan dirinya lone rider. Maklumlah di sini x banyak yang ride jentera level sebegini namun bukan alasan utk berkawan dengan gang2 bike moped dan kapcai, jangan jadi kacang lupakan kulit. Dulu, diri ini berguru dulu dengan kapcai dan yamaha clutch mati sebelum upgrade dengan CBR.

Pemilik CBR250?! Anak Bro kita.

Van di belakang.

Dua CBR.

dari kiri. Bontot CBR1000 dan CBR250

Ok, kembali kepada cerita. Bila CBR bertemu CBR maka banyaklah cerita. Mulanya cerita tentang pengalaman ride sambil swap bike untuk diuji. Then segment compare bike dan ambil gambar bike. Hehe, kalau dah rider bertemu rider memang banyak cerita sehingga melencong ke bab untuk tubuhkan group bikers di Pakan Sarikei. Ye tak yer, kat sini banyak biker muda. Mereka bukannya merempit pun dengan bike slim shaddy mereka tu, mereka berjiwa seni dan gemar berkumpul lepak.

Agak-agaknya apa nama group yang sesuai untuk kami di sini yerr? Pakan Sarikei Sarawak. Pakan tu sejenis buah, tak kan Pakan Bikers.. hehe. Mungkin nama yang simple cukup mewakili segenap riders di sini. Aku nak cadangkan nama group ni "1..2..3 Go Bikers" Hahaha! Teringatkan tajuk lagu kumpulan Hujan yang baris pertama dia ada menyebut 1..2..3..go.. ( Aku Skandal By Hujan )

Nantikan berita yang akan datang..datang..datang..nanti. Kalau tak ada maksudnya kami x buat team lah, better follow team yang dah sedia ada. Right now group dalam FB ni menarik untuk aku follow, event mreka pun ngam.. https://www.facebook.com/groups/sarikeibikerz/. [ Klik sebelah check group ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...