AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tahun Baru Cina Bagiku


゚・(◕‿◕)╱✿・゚ SELAMAT TAHUN BARU CINA ゚・(◕‿◕)╱✿・゚




Salam sejahtera kepada semua yang lalu dalam Blog ini. Happy Chinese New Year kepada kita semua, walaupun bukan kaum Cina, kita sentiasa merayakan perayaan-perayaan di negara ini dengan penuh makna. Demikian juga dengan perayaan-perayaan yang lain! Malas aku nak berceloteh panjang, berikut merupakan antara comment2 best dari rakan-rakan untuk Tahun Baru Cina tanpa mengenal latar belakang. Hey, its Tahun Kuda!! Yeahhh..






☺♪♫♩♬ (✿◕ ‿◕)))₀: *βyё βyё*:₀

Adakah Ini Akan Dibaca Juga?

Salam sejahtera kepada semua yang terserempak dengan Blog ini. Ini adalah Blog Aku Malas yang melonggokkan segala sesuatu seperti buku catatan. Cukup dengan pengenalan itu kerana malam ini telah mencuri perhatianku. Kerana sesuatu yang disisipi dengan perkataan "ketulusan" adakalanya menjadikan seseorang itu tidak siuman dan juga menjadi pelik seketika. Biarkan gambar yang aku olah ini menyuarakan apa yang diratapi oleh blogger ini. HAhaha!
 
Andai "ketulusan" ini ditemukan dengan penawarnya terasa yakin aku menyebut bahawa Aku tak akan layan Blog ini untuk satu jangka masa yg panjang!hehe.. Biarkan mimpi-mimpi menjadi kenyataan. Menjadikan semua batas jarak yang memisahkan itu hilang seperti embun.

Menghapus Bosan

Takala kebosanan menelan melodi kehidupan. Terasa mentari teramat sejuk. Tiada yang lebih membekukan takala berjauhan dari penguasa hatiku. Demikianlah kisah serigala yang menangisi rembulan, tidak ditemani burung-burung melainkan pekat malam. Sememangnya kebosanan ini akan terhapus dengan adanya sms dari pemilik hati. Semudah itu sahaja perkara yang bersuara halus di hatiku. Tiada lebih, hanya cuba menjadi manusia biasa di dalam tubuh yg sementara ini. Ya, nikmati kebaikan selagi ada masa. Kerana kematian itu adalah pasti dan ia datang seperti pencuri. Kita tak akan menduga masanya. Oleh itu izinkan aku melukis seketika untuk mengurangkan kebuntuan hatiku dalam penantian ini.




Menyapu debu yang berada di hujung pena menyedari 15minit berlalu begitu sahaja, well.. I feel beter now.
,。・:*:・゜’( ω )。・:*:・゜ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...