AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Pemimpin harus bersifat logikal dan saintifik

Untuk menjadi pemimpin yang sangat baik, kita hendaklah berusaha untuk memahami sesuatu perkara secara logik dan saintifik. Pernyataan ini tidak mengkhendakkan kita untuk menjadi seorang saintis untuk menjadi pemimpin gara-gara perkataan logikal dan saintifik. Semua manusia boleh berfikir secara logik akal dan saintifik.

Di dunia yang konvensional ini, kita tidak boleh menilai sesuatu perkara dengan sewenang-wenagnya. Pemikiran yang logik dan mampu dijelaskan secara saintifik adalah perkara yang penting dan mampu memenangi kepercayaan orang di sekitar kita. Masyarakat kini semakin bijak dalam memilih pemimpin mereka, oleh hal yang demikian, seorang pemimpin itu hendaklah memiliki pemikiran yang logik dan bersifat saintifik.

Berfikiran logik ini merujuk kepada kemampuan untuk mengenal pasti keaslian masalah. Pemikiran ini amat penting kerana ia akan membantu seorang pemimpin untuk mencari puca kepada sesuatu masalah. Kemahiran ini tidak hanya wujud begitu sahaja, seseorang pemimpin itu hendaklah aktif membuat tinjauan literatur atau membaca banyak maklumat yang relevan dengan kehendak ahlinya.  Maklumat sebegini akan membantu seorang pemimpin untuk mendalami dan menghayati masyarakat yang berada di dalam organisasinya.

Sifat logikal ini juga dapat dilihat dari usaha seorang pemimpin itu mengumpul data secara berterusan. Data yang diperoleh ini bukan sahaja dapat digunakan untuk menyokong idea dan dasar yang diperjuangkan. Data ini penting untuk menjelaskan keadaan yang sebenar atau keadaan semasa sesuatu kepimpinan sedang dilaksanakan. Data yang dikumpul juga akan menjadi rujukan yang boleh dipercayai dan ia penting untuk mengelakkan seorang pemimpin dicop sebagai pemimpin yang "omong-omong kosong". Data tersebut penting untuk menjadikan sesuatu ucapan dan perjuangan itu kelihatan logik dan diterima oleh masyarakat.

Sifat saintifik pula merupakan sifat yang menekankan ilmu dalam mengeluarkan sesebuah keterangan yang boleh dipercayai. Setiap keterangna hendaklah mampu dibuktikan dan dijelaskan. Keterangan ini dapat dipecahkan kepada keterangan induktif dan keterangan diduktif.

Keterangan induktif merupakan keterangan yang khusus setelah satu tinjauan atau kajian saintifik dijalankan. Contoh keterangan yang bersifat induktif adalah, rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kenyataan ini bersifat induktif kerana kenyataan tersebut adalah benar dan mampu dibuktikan dengan data. Ia juga bersifat khusus kerana ia merujuk kepada satu topik iaitu kaum di Malaysia.

Keterangan deduktif pula lebih kepada keterangan umum yang boleh dijelaskan berdasarkan keterangan khusus. Contohnya, Masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Orang Cina semua berkulit putih, oleh hal yang demikian orang yang berkulit putih adalah orang Cina. Keterangan ini bersifat umum. Tidak boleh kita menyatakan mana-mana orang yang berkulit putih itu adalah cina. Namun, kenyataan ini boleh menjadi logik jika ia dikaitkan dengan sesuatu data yang bersifat khusus. Contohnya, 80% orang Cina berkulit putih, 10% sawo matang.

Seorang pemimpin hendaklah bersifat logikal dan saintifik. Ia merupakan suatu yang sangat penting untuk menjadi seorang yang mampu memimpin dan membuat keputusan. Kerana seorang pemimpin merupakan seorang yang memikul tanggung jawab semua masyarakat yang percaya kepadanya. Sekian dari Aku Malas.


Gambar di Sabah!

Salam sejahtera kepada semua yang blog walking pada hari ini. hey.. hey..hey.. aku nak share gambar lawatan aku dan teman-temanku ke Sabah pada suatu ketika dulu. Kepada sesiapa yang berminat nak ke sana, saya sememangnya menyokong usaha anda. Tak rugi weii..

































Biarlah kenangan yang lalu menjadi peringatan kepada kita bahawa dunia ini kecil sahaja. Walaupun kecil, kisahnya berjuta sehinggakan kita merasakan banyak yang belum kita alami. Sekian sahaja kali ini.

Sumber:
http://akudariipgks.blogspot.com/2013/05/penerokaan-ke-sabah-sem-6.html
http://akudariipgks.blogspot.com/2013/05/sabah-oh-sabah.html
PISMP PPRSV Jan 2010 IPGKS Miri.

Tak pernah update blog pertamaku

Salam sejahtera kepada anda semua. Bagaimana anda di sana? sihat? aku doakan anda semua sihat sentiasa di sana. Dalam memiliki Blog ini, aku akui tak semua blog yang aku miliki dapat aku update sepanjang masa. Bukan kerana malas semata-mata, tetapi isi kandungannya tidak boleh diupdate sesuka hati. Kalau macam blog santai atau blog peribadi, ok la.. suka hati sumbat jer maklumat di sana.


Aku ada satu blog lama a.k.a blog pertamaku iaitu Aku dan IPGKS Miri. di sana sedikit sebanyak cerita mengenai kisah di Institut tempat aku menuntut ilmu. Ok, rasanya aku nak update sikit blog itu. Hehehe, sorry guys.. sebab gue malas. Ni link blog itu http://akudariipgks.blogspot.com/.



Soalnya cinta yang menjadikan kita gila


Ada yang menyatakan cinta adalah anugerah terindah untuk semua manusia yang memiliki akal. Ada yang mengatakan bahawa cinta adalah tindak balas semulajadi hormon yang membantu manusia mengesan pasangan yang sangat sesuai bakanya untuk meneruskan generasi. Apa-apa pun yang mereka kata dan anda fikirkan tentang cinta, yang pasti cinta ini sungguh mengusik jiwa. Adanya kita yang miliki hati, hati yang sungguh misteri. Kerana cinta misteri itu menjadi kecelaruan sehinggakan kita merasakan tidak sempurna jika tanpa hadirnya cinta.


Bahayanya cinta itu apabila orang yang berjaya menawan hati kita sukar untuk kita fahami. Maka timbullah pelbagai persoalan dan keraguan dalam cinta itu. Namun kita sungguh luar biasa, kita ini pelik. Kerana hati kita adakalanya mencintai seseorang itu tanpa alasan dan sebab. Cinta itu terjadi begitu sahaja. Seronok juga mencinta walaupun si cinta itu agak ego dan kejam bertentangan dengan sifat kita. Namun kita seronok, pelik juga cinta ini.


Jangan keliru, kita sering mengibaratkan bercinta ini seperti memilih baju. Selidiki dahulu, pastikan perasaan itu adalah cinta bukannya suka suka. Kerana pada pandangan aku, cinta ini harus diakhiri dengan pernikahan. Tiada ruang untuk curang atau melaksanakan sebuah permainan. Jangan memandai nak jadikan dunia ini pentas drama cinta. Kerana kita bukan berpegang kepada laluan pencinta lagenda kasanova. Bertukar-tukar sahaja, cinta itu manusia. Bukannya baju yang boleh kau tukar-tukar menuruti hari.


Banyak persoalan sering kita ajukan di hadapan cermin. Dia sayang aku ke? Dia di mana? Apa penghujung cinta ini? Semua persoalan itu timbul bukan disebabkan keraguan semata-mata. Ia timbul kerana adanya kemanisan cinta. Kerana takut akan kehilangannya, kita sering bertanya. Ibarat terjun ke dalam lautan yang penuh persoalan, kita lemas.. kita terkapai-kapai bila kerinduan. Inilah cinta, bila berjauhan kita rindu. kemudian adanya rasa nak bertemu.


Tapi pelik, zaman sekarang ni ada juga yang bercinta tapi tak pernah berjumpa. Cinta jarak jauh katakan. Cuma bersua di dalam Facebook. Inikah cinta? ya, kerana cinta ini sangat ajaib. Cinta ini tidak diduga. Kita tak mampu menetapkan keadaan kita dijodohkan. Dimanakah senjata utama cinta manusia? Adakah pada jaraknya? atau pada keunikan kisahnya? Cinta ini banyak liku nya. Persimpangan dan perhentian sentiasa ada. Namun tidak semua yang dapat tiba di destenasi bersama-sama. Ada yang kecundang..


Biarkan waktu yang menilai kita, Kenangan dalam pertemuan menjadikan kita tersenyum seketika macam orang gila. Dikala kerinduan, seperti penagih dadah pula. Hidup tak keruan. Cinta ini memang pelik, 1 hari tak berhubung seperti 1000 hari rasanya. Cinta ini membuatkan kita tidak betul sebenarnya.hahaha! aduh..aduh.. tak apa, di sini.. masa yang berkuasa. Serahkan cinta kepada sang Pencipta di dalam doa. Berusaha untuk menjaganya selagi ada. Jangan mudah menyerah dalam bercinta, kerana ia adalah nyawa, bukannya permainan semata-mata. Sekian.

Why aku Menutup muka selepas balik dari tandas.



Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan aku hari ini. Saya nak kongsikan kisah aku bila aku balik ke kampung halamanku. Ye la, aku ni merantau di dunia Miri. Study di IPGKS Miri la..

Bila aku balik ke rumah dari perantauan, aku ni selalu lewat tidur. Biasa la orang bujang, aku ni suka menonton TV sehingga pagi buta. Channel 551-556 menjadi mangsa. Adakalanya, sewaktu menonton ni terasa nak terkencing.

Duduk menonton TV

Tapi aku tahan dan tahan dan tahan.. tunggu iklan katakan, kalau dah masuk iklan baru angkat dari kerusi untuk ke tandas. Kalau nak ke tandas ni terpaksa la berjalan ke tandas melimpasi bilik adik dan ibu bapaku. Dijadikan satu cerita, selepas balik dari tandas, aku duduk semula di sofa, aku tersenyum sambil menutup muka seketika.
Mak aku dan aku time kecil dulu.
Teringat sesuatu tadi takala aku terdengar mak aku menyebut namaku dalam doanya tadi. Selalu dirinya mendoakan aku yang jauh merantau ini. I love you mumy (TnT)..miss u all.. jelas sungguh namaku selalu kau sebut.. mak~saya sayang mak~


Selamat hari ibu kepada semua yang ada di luar sana, ingati mereka-mereka yang bergelar ibu. Hormati mereka selagi ada..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...