AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Mulut berulat! angkara Chrysomya "bezziana" bukan BERZINA!

Salam sejahtera kepada semua. Ni ada kaitan dengan post yang hari tu yang beralamat pada http://aku-lazy.blogspot.com/2013/01/ewww-padah-menguap-lalat-masuk-mulut.html tapi kali ini, aku nak share dengan lebih terperinci la. Jom teruskan membaca.


Organisma di alam ni sangat hebat, ada yang dapat tinggal di dalam badan organisma lain. Kalau dah tinggal dalam organisma lain tu, makan,minum dan beraknya juga tentulah di dalam organisma itu juga! Kali ini kita akan mengenali situasi sejenis masaalah kesihatan yang dikenali sebagai Oral Myiasis. Jom kita dengar difinisi Oral Myiasis melalui web http://wordnetweb.princeton.edu. Oral bermaksud, Mulut. Myiasis bermaksud jangkitan oleh larva lalat. Te je.. tak nak definisikan panjang-panjang nanti u all letih baca yang panjang-panjang. Bagaimana masaalah kesihatan ini berlaku?

Keadaan wajah yang musnah kerana larva lalat ini.

Merujuk kepada sumber yang saya baca, ia disebabkan sejenis lalat ( Chrysomya bezziana.sp )yang memiliki kebolehan untuk menghasilkan larva yang mampu hidup dalam perumah ( dalam kes ini adalah manusia sebagai perumah ). Kebolehan ini akan membantu lalat tersebut mencari tempat membiakkan anak dengan mudah di negara yang kering kontang dan sedikit sampah yang lembab seperti di negara kita. Contoh negara itu adalah negara yg bergurun la.HEhehehe.. pandai-pandai la u all cari nama negara tu.

Inilah lalat yang danger tu!  Chrysomya bezziana.sp

Inilah telur lalt tu, check dulu makanan tu! jangan sampai makat telu lalat.

Larva yang telah disingkirkan.

Kes ini sangat jarang di negara kita, sebab lalat di negara kita memiliki kaedah pembikan dan bertelur yang berbeza. Jangan risau la... kalau ada pun tentu lalt tu dah dibawa masuk oleh pelancong atau individu yang ingin mempromosi penyakit ni dengan meluas di negara kita.

Aduh, macam mana ni? geli lah..

Gambar di bawah adalah adalah gambar yang menunjukkan proses mengeluarkan larva dari mulut pesakit yang telah menjadi mangsa kepada lalat Chrysomya Bezziana.sp.

Proses mengeluarkan larva

Hati,hati..boleh sampai ke mata ni!

Gusi yg telah kena jangkitan ni.. 

Bagaimana nak ubat ni ye? Biasanya pembedahan akan dilakukan untuk membuag tisu yang dah rosak disebabkan larva tersebut. Pembedahan juga diperlukan untuk membuang ulat-ulat atau larva yang menetap dalam tisu badan. Kemudian rawatan pembinaan semula organ atau tisu akan diberikan sekiranya jangkitan tersebut telah menyebabkan organ di sekitar kawasan jangkitan telah cacat. 

Sumber:

Saya nak peluk awak!! jika...

Saya nak peluk awak jika...

Awak adik saya...
 Awak kekasihku.. Isteriku.. segalanya buatku... 
 Awak teman sepermainanku...
 Awak kalah atau menang dalam pertandingan...
 Awak di antaraku dan dia...
 Awak anakku..muridku...
 Awak bersedih...
 Awak kesejukan...
 Awak kesunyian...

Saya nak peluk awak,
Sebelum diriku pergi buat selamanya,
Segala yang terjahat akan terhapus,
Hanya fikiran baik berlegar memeluk kita dalam memori lalu,
Pelukan yang lutsinar,
Pelukan yang selalu terpendam,
Laluku terjaga,
Dikala senja petang ku leka tidur,
Belumnya terlambat untuk memeluk hatimu,
Belumnya terlewat untuk memeluk hati awak,
Ku peluk dirimu dengan kata-kata indah,
Sebagai manusia yang tidak berjasad..
Kerana aku pernah menjadi manusia,
Dan aku masih di kalangannya,

Sekian sahaja dari Aku Malas. (*^_^*)



Rakyat Malaysia Tercinta Tentu Tahu Jawab Soalan ini.

Salam sejahtera kepada semua pelawat blog Aku Malas. Semoga anda sedang berbahagia di sana di samping yang tersayang. Memandangkan ramai yang tak pernah melihat gambar di bawah, Maka aku akan sediakan soalan yang senang kepada anda semua untuk dijawab sebagai rakyat Malaysia. =)

Soalan 1.
Sila namakan 2 individu yang anda kenali pada gambar di bawah.


Soalan 2.
Sama seperti soalan di atas


Soalan 3. 
Siapakah individu yang sama pada dua gambar di bawah.


Soalan 4.
Berapakah umur anda? Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?


Sekian sahaja dari Aku Malas kali ini. Ingat yer, siapa yang dah layak mengundi, silalah daftar dan turun mengundi. Masa hadapan negara dalam tangan anda. Jangan asyik pot pet sana pot pet sini. Do ur best as a 1st class citizen in our glorious country! (^_^) Sekian! Love u all.

Sumber Gambar : http://mediamalaya.com/gambar-datuk-seri-najib-tun-razak-masa-muda-bersama-keluarga/

Ewww!! Padah Menguap lalat masuk mulut!

Ewww!! What is This?!! Maggot in Mouth?!




Salam sejahtera kepada anda semua! dah lihat gambar di atas kan? macam mana rasanya? meloyakan!??Ni yang Aku Malas ni.. Hilang mood nak makan Nasi ayam Penyet Special campur Ais Batu Campur buah-buahan. Tu la, aku sengaja nak takutkan u all supaya ingatlah jaga mulut tu. Bukan setakat nguap kena sopan, gosok gigi kena selalu tetapi yang paling pentig!!! Jaga pertuturan mulut tu!!! Tuhan ni maha adil, ada masa mulut yg celupar dan kuat mengumpat plus plus suka fitnah tu akan terima pembalasan di Bumi yg fana ini. Maka, jagalah diri dari aspek luaran dan rohani yer.. (^^) Sekian.

Menguap tahap malu-malu kucing!

Kucing pun tahu nak gosok gigi.

More deatail pasal masaalah ni baca entri aku ni:

Tiada Keretaku bawa kau jalan-jalan...


Salam sejahtera kepada semua yang merasakan diri mereka nak berjiwang seketika dalam blog aku ni. Aku nak pot pet sekejap mengenai cinta, cewah cewah, jadi Dr.Cinta pulak yer? Cinta sebenarnya datang dari dalam diri kita. Kita tidak tahu bagaimana ia akan tiba, sememangnya kita mampu merancang kisah hidup kita namun cinta ni sesuatu yg ajaib. Ia tak seperti membeli baju, saya nak baju macam ni macam tu, saiz ini saiz itu, color ni color itu.. Cinta ni bila ia mengetuk pintu hati seseorang, orang akan menjadi tak keruan dibuatnya seolah-olah ada rama-rama berterbangan dalam otak tu.

Cinta ni juga pengubat duka di dunia. Yang miskin bila bercinta akan berasa kaya, Yang jahat pun adakalanya tumpas kerana cinta, hati yang degil juga cair bila terkena sentuhan sebenar cinta. Hehehe, Well, tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, hanya hatiku sahaja yang mampu bawa mu terbang.. Mengenai duit, aku berpendapat.. era kita ni, duit seolah-olah kunci kepada segala perkara yg x abadi. Kalau bercinta tu, jangan la kerana duit semata-mata, biarlah kerana kejujuran, keserasian, kerana bahagia, kerana dia..eh?kerna dia!! hahaha! Ok, love u all! Duit tu untuk mengukuhkan lagi ikatan cinta, bukan untuk melekakan kita dengan dosa yang kononnya bertopengkan cinta. Kalau dah cinta tu.. pergi pinang terus la!haha!tanya dady mumy terus! Tu baru dia! ok.. sekian dari blog Aku Malas.. (^_^)

Aku cuba elak ini dalam kehidupan

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ni. Sebelum ni aku dah masukkan entri mengenai perkara yang aku nak buat, sekarang aku nak postkan benda yang aku cuba elakkan. Kita menrancang tapi Tuhan yang tentukan, adakalanya kita membuat yang terbaik untuk mengelak daripada terkena perkara yang tak baik, tapi ada tiba masanya kita terpaksa melalui perih getir kehidupan ini. Yang pasti, kita harus konsisten dan kuatkan semangat agar segalanya dilalui dengan selamat dan jayanya.

Aku cuba elakkan daripada kena suntukan, sebab aku x suka jarum! Tapi, sebab nak jaga kesihatan.. adakalanya terpaksa disuntak. Terpejam mata beb..Takut~

Dikejar haiwan liar, pernah sekali aku kena kejar sama Kucing!! Tak sangka kucing tu garang! Memang aku tak sangka benda ni terjadi! Kalau nak tendang kucing tu, rasa kesian pulak. Paling benci adalah bila dikejar dan disengat tebuan!

Kalau boleh dalam hidup aku, aku tak nak bergaduh. X kira dalam bentuk fizikal atau mental. Kalau disebabkan sukan seperti Karate atau Boxing x apa la. Setakat ni aku tak pernah gaduh sampai main tarik rambut.


Kencing malam!!! Alamah.. dah besar panjang nak kencing malam lagi?!! Payah la tukar cadar..selimut..jemur dan cuci tilam yang berat! Aduhh..

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga anda semua jaga diri dengan baik! Kalau boleh kita cuba elakkan perkara yang mempu menjejaskan hari yang indah ini. Lalui semuanya dengan hati yang terbuka dan penuh kesabaran. Sekian.

Klik gambar untuk perkara yang aku impikan:
sekian dari blog Aku Malas..

Apa yang aku nak buat?

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku kali ni. Lama dah x post lukisan yang menggambarkan perkara yg aku nak buat dalam hidup ni. Jadi kali ini aku nak postkan sebahagian dari idea itu. Maklumlah, hidup di dalam IPGKS Miri ni mengajar aku untuk memiliki impian, biar impian itu agak pelik tetapi ia akan menjadikan kita lebih bermotivasi untuk menjalani kehidupan ini. Janganlah berangan macam Mat Jenin ok?

Kan best kalau dapat berjalan di atas awan. Maka aku nak melawat bangunan tertinggi la untuk mengubat kerinduan menikmati tempat tinggi. Everest?

Ada kad kredit tanpa had dan x perlu dibayar! Faham-faham jer la.hehehe! Ni memrlukan aku satu masa nanti untuk melabur wang untuk masa hadapan. Jangan boros la..hehehe.

Nak Berkawan dengan Doraemon, Sebab aku nak melancong ke angkasa dan tempat tinggi. Kan Doreamon banyak benda best.

Wahhh, menyelam macam ikan, bernafas dalam air, kalau ada kapal selam pelancongan kan best?

Hehehhee, kumpul balloon banyak banyak dan terbang secara percuma! Ni dikira kenderaan juga ke? Moleh masuk buku rekod dunia ni!

Sekian sahaja kali ini, semoga anda semua memiliki impian yang indah dan selari dengan kemampuan dan keupayaan diri. Kita hendaklah mengenali potensi diri, bagaimana nak mengenali potensi diri? Haaa.. kita kena lah membantu diri. Paling mudah tu kita rajinkan diri berjumpa Kaunselor untuk minta kaunseling. Jangan fikir hanya orang yang bermasaalah sahaja yang harus berjumpa dengan kaunselor. sekian dari blog Aku Malas..

Pet A.K.A Haiwan Peliharaan Aku

Salam sejahtera kepada anda semua yang membaca blog ini. Hari ini aku nak kongsikan dengan anda antara haiwan peliharaan yang nak aku pelihara! Bukan senang nak jaga haiwan kan? Kena jaga makan mereka, kesihatan dan semua lah! supaya kita pun selamat di rumah.. Tiada jangkitan dan masaalah lain. I hate Kutu! Kutu kucing dapat tinggal dalam rambut aku ke?

Ni kucing kontot, Makanan kena jaga, jangan bagi tulang jer.. kesian.

Makanan yang sesuai la, jangan sampai kucing tu sembelit. Kalau kucing tu berak atas katil? 

Ni anjing yg mahal, aku nak gunting bulu dia macam Lion!

Nak buka taman rama-rama pun boleh.

Ni aku paling banyak pelihara! Sebab kat dapur aku banyak sangat manisan, maka semut pun jadi banyak. Semut ni stress bila aku tak beri dia air Oren manis. sekian dari blog Aku Malas..

Sekian selamat malam semua! (=.=) z...z...z..z..

Wah!! Cokelatnya Ahad Ku!!

Salam sejahtera kepada anda semua yang membaca blog ini, Hari ini terasa sejuk dan tidak panas la. Dah tengah hari pun suasana agak redup. Wahhhh.. Well, aku ni baru balik dari pasar tadi. Di hujung minggu aku harus memenuhi keperluan rohani ku dan membeli barangan di kedai. Well, apa kata kali ini aku kongsikan suasana aku dan Miri di sini. (^ ^)

Well, suasana redup menjadikan hari ini lebih selesa untuk bersiar-siar sambil membeli barangan keperluan minggu ini.

Hai Domo! Ada domo lah! Sama warna kami kan? Hehehehe!

Dah ambik gambar, jom balik ke bilik. Siapkan kerja yang belum siap. (^ ^)

Sebenarnya tadi aku guna seluar panjang, tapi untuk ambik gambar ni, aku sengaja tukar seluar aku, Rasa lebih santai bila guna seluar ni. Hehehe.. Selamat menikmati hari Ahad! Esok Isnin! Jom bersedia semua!  sekian dari blog Aku Malas.. (^,^)

Awal Januari Budak Bunuh diri- Sumpahan Kelas Petang (Harian Metro)


Gambar Mangsa.

MIRI: Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keenganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.

Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.

Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.

"Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.

"Tapi, selepas setengah jam dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut wanita itu, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta adik-beradiknya yang lain bersekolah pada sesi pagi dan hanya dia pada sesi petang.

"Bagaimanapun, semua ahli keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.



- Harian Metro

Dimana Puncanya? Kanak-kanak Bunuh diri.


Keratan Dari Akhbar.. Cuba teka Akhbar mana.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas ni. Lama dah x buka blog, maklumlah ada masaalah wireless kat campus aku ni. Ok, jika anda membaca tajuk di atas, anda akan tahu bahawa topic yang aku nak bawa adalah mengenai masaalah bunuh diri yang melibatkan kanak-kanak. Tanpa kita sangka, masaalah ini biasanya berlaku dalam kalangan individu yang sudah mencecah usia remaja dan dewasa. Tapi 2 minggu lepas aku dikejutkan dengan kes budak bunuh diri di Miri.

Berdasarkan akhbar, budak tersebut membunuh diri disebabkan keenganan untuk melalui sekolah sesi petang seorang diri kerana abang-abang dia semuanya bersekolah pada sesi pagi. Sebagai tambahan, dia telah membunuh diri di dalam bilik dengan menggantung diri. Kita sebagai pembaca hanya melihat kes ini sebagai masaalah pengurusan emosi. Kita hanya menilai secara luaran sahaja.
Keluarga punca? Tidak semestinya..

Ada di kalangan kita mengatakan bahawa kes ini disebabkan masaalah rumah tangga dan ada juga mengatakan budak ini tertekan dan membunuh diri kerana kurangnya perhatian serta kestabilan emosi. Cuba kita selidiki tekanan murid-murid pada zaman ini, mereka bukan hanya terdedah dengan situasi sosial di sekolah dan tekanan masa. Mereka juga terdedah dengan limpahan maklumat dan hiburan dari pelbagai sumber.
Beban di sekolah?

Kes bunuh diri ini bukan semata-mata terjadi kerana tekanan perasaan. Ia juga boleh berlaku disebabkan kes buli di sekolah, kemurungan disebabkan tersisih di dalam sekolah atau ia disebabkan hiburan. Mengapa aku mengaitkan hiburan sebagai antara pencetus idea kepada murid tersebut untuk membunuh diri? Pada amnya, kebanyakan keluarga di dalam Negara kita memiliki televisyen, pendedahan kanak-kanak dengan hiburan yang berunsur dengan emosi yang melampau akan mempengaruhi gaya pemikiran mereka. Kita tidak akan menyangka satu jenayah kompleks boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang telah terdedah dengan cerita berunsur penyiasatan di dalam televisyen. Mereka akan meniru beberapa skill dan teknik yang didedahkan melalui telivesyen.
Hiburan?

Kita seharusnya meletakkan kedua belah mata kita disamping anak kita. Golongan yang dewasa juga bolehlah membantu kanak-kanak dengan menegur dan membantu mereka membentuk sikap yang baik. Jangan lah kita mengambil peluang ini untuk membuli mereka. Kes membunuh diri di kalangan kanak-kanak merupakan perkara yang serius, ia mencereminka situasi sosial di dalam Negara kita. Sememangnya kita tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan, tetapi kita sentiasa cuba nmemperbaiki situasi di sekitar kita tanpa melibatkan risiko kehilangan nyawa. sekian dari blog Aku Malas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...