AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku Memasang Housing N958gb

Kali ini aku nak bawa u all semua lihat benda di dalam phone N95 8gb yang aku hidupkan semula selepas sekian lama tersimpan di dalam almari. Sekali lihat telefon lama ni, macam senang nak pasang housing baru. Tapi dah cuba memang payah juga la.

Housing lama dibuka.

Speaker dibuka pada haousing lama.





Butang on/off diganti.



Cover lensa kamera diganti.







Dan akhirnya siap!

Sekain sahaja sedikit sebanyak tentang menukar housing Nokia N95 8gb yang membingungkan. Agak sukar lah, aduhh.. baik hantar kedai. Bahaya pasang sendiri, nanti rosak. (+_+" ) Bye2. See u all in January 2014!

Can I Talk About CBR 500?

Hello there! Aku telah membaca sedikit sebanyak tentang jentera ni dan ia telah menjemput minda aku untuk mengulas jentera CBR 500R ni. Honda telah memasarkan jentera CBR ini dalam 3 versi, versi CBR500 , CB500F dan CB500X.

CBR 500 R

CB 500 X

BC 500 F
Sebagai penggemar motosikal, aku merasakan jentera ini mampu dimiliki dengan harga yang sesuai dengan keadaan semasa. Berbekalkan modal sekitar Rm30k anda mampu memiliki jentera ini. Banyak yang telah mencuba jentera ini dan hasilnya jentera ini banyak mendapat respond memuaskan daripada pengguna. Dengan kekuatan enjin sekitar 500cc, ia mampu mencapai kelajuan sekitar 180km/j dengan mudah sahaja. Itu pun sebelum dimodifikasi. Berikut merupakan sfesifikasinya:

Klik gambar untuk Zoom.


Ada yang menyatakan bahawa selepas memasukkan gear ke-6 enjin jentera ini masih lagi mampu memberikan kuasa tujahan yang tinggi. Ini bermaksud jika sedikit modifikasi dilakukan pada sistem sporket dan gear, semestinya jentera ini mampu mencapai kelajuan yang lebih tinggi. Apa-apapun jom kita lihat koleksi gambar yang aku peroleh dari google.











Seranga Bertanduk Pelik

Pada suatu hari yang tenang di rumahku di Sarawak Malaysia, aku terlihat serangga yang bertanduk pelik! Mengapa pelik? sebab setahu aku yang tak mahir dalam bidang seranga ni, tanduk adalah sejenis exoskeleton yang bertujuan untuk melindungi haiwan. Kalau bertanduk, mestilah brutal dan ganas kan? (ada juga yang pelik dan tak mengancam, dengan tujuan untuk mengawan dan sebagai perhiasan untuk tarikan, rasanya kalau aku ada tanduk agaknya aku makin kiut ker? damn.. x dapat aku bayangkan)

Kalau bertanduk, mestilah brutal dan ganas kan? Tak kan lucu.. oleh itu biasanya aku melihat serangga bertanduk tajam dan mengancam. Ni tidak, tumpul dan.. u semua tengok la sendiri. HEhehe, selalu tengok seranga ni di sini dari zaman aku kecil dulu, so aku kongsikan dengan u all lah. Sebagai tambahan, ini merupakan sejenis Cicada. Dalam BM pula adalah Riang Riang. Link sebelah ni pula orang makan cicada. :-P [ http://aku-lazy.blogspot.com/2012/05/exotic-or-ewwww.html ]
 


Kat bawah ni pulak, lain-lain cicada yang mungkin u all pernah lihat. Sekian sahaja, nantikan post yang akan datang. Jumpa lagi. (^_^)


Bercuti dari Blogging!!



Ya meh?!! Rasanya aku nak ambik cuti dari dunia Internet mulai minggu depan. Apa-apapun aku nak pastikan beberapa post yang aku rasa nak post minggu ni akau aku post sebelum tengah malam ni. Terasa ketenangan desa lebih enak dikala melupakan sejenak dunia internet. Ye lah, bertemankan pokok dan keindahan alam. Nah, lagu Marsha AF untuk u all, Thanks sebab lepak dalam Blog Aku malas.

Every time I see you my heart bergoncang
Every time I think of you pagi and petang
I forget to eat my makan
Coz there's no other boy/girl but this one

Underneath pokok kelapa

I will wait for you

Oh Sayangku hear me lah

Don't tutup pintu
Coz your hair is like penyapu
Coz I know it is full of kutu...


Sebelum apa-apa, aku nak ucapkan selamat bercuti dan selamat meluangkan masa bersama keluarga tercinta kepada anda semua yang berasa di sana. Selamat berblogwalking.Nantikan post aku yang malas untuk bulan ni.HAhaha!

Saiz CBR500 & CBR250 Depan Mata

Beberapa hari yang lalu aku berjalan di sekitar bandar dan terserempak motor idamanku. Hey!! Aku minat jenama Honda dari dulu lah, yup.. walaupun aku selalu bercakap mengenai Kawasaki. Bukan apa, aku bukannya curang pada kawasaki atau Honda atau mana-mana jenama yang anda kenali, aku selesa meneliti semua jenama moto dan mengetahui kualiti setiap jentera. Lebih baik menjadi pengguna yang bijak dengan mengetahui setiap produk secara kritikal. Apa-apa pun, berdasarkan banyak faktor, aku merasakan motor CBR ini sesuai untuk menjadi jentera amatur untuk ku, mungkin suatu masa kelak aku akan upgrade kepada kawasaki kemudian ke Ducati.

Dengan adanya peluang melihat kedua-dua jentera CBR ini, aku akhirnya dapat melihat perbezaan dari aspek saiz untuk CBR500 dan CBR250 ini. Ikhlas dari lubuk hati ini aku menyatakan bahawa saiz jentera ini hampir sama jika dari aspek panjang dan ketinggian. Mungkin disebabkan faktor standart ketinggian dan keselamatannya kot? Yang paling ketara perbezaannya adalah saiz tayar sahaja. CBR500 memiliki tayar yang lebih besar. Hehehe!!




Sekian sahaja penlisan untuk kali ini. Semoga anda tahu yang saiz dua jentera ni tak jauh sangat beza. Sebagai tambahan, Jentera CBR Honda seemangnya memiliki reputasi yang baik jika berhadapan dengan keadaan jalan  raya yang kasar dan x rata. Ini kenyataan bikers Sarawak yang pernah try motor ni di jalan yang agak..hmm..faham2 je la kalau bab test ride di jalanraya mencabar di Sarawak. Sekian. (^_^)

Senja Mencintai Kucing

Dalam meniti panorama kehidupan yang dibanjiri pelbagai pemikiran sehinggakan keperluan dan kehendak berperangan sesama sendiri di dalam jiwa, moleknya aku melemparkan pemandangan aku ke realiti duniaku di pedalaman ini. Bukan bandar mahupun metropolitan apa lagi bandaraya mega menjadi sanjungan. Aku henya mendambahkan suasana malas yang tenang di pekan yang jauh dari porak poranda bandar namun tetap terconnect dengan pencawang dunia tanpa batas iaitu tenologi komunikasi.

Kucing memberikan ketenangan, malahan ia mengubat jiwa lara lalu mendorong tubuhku merembeskan endorphin untuk aku memperoleh kesenangan dalam menghadapi hari yang gemuruh. Mana tak nya, cuti ini banyak juga program. Dengan adanya kucing yang buta bahasa, aku boleh berkonsi cerita dalam bahasa masing-masing. Walaupun tidak faham akan ngiaunya, aku tetap memetik buah ketenangan dari kehadirannya menemani aku menempuhi hari-hari yang entah aku tak tahu jelaskan. jom hayati pemandangan bersama kucingku..





Have a great day everyone, penuhi hari anda dengan detik-detik yang bermakna. Thanks for blogwalking ke Aku Malas.

Not a Karate Hero..

My sensei
Pada pandangan masyarakat, sesiapa yang menyertai Karate biasanya orangnya kasar. Begitu juga mana-mana mereka yang menyertai kelab yang mengajar ilmu berkaitan dengan disiplin mempertahankan diri. Pada hakikatnya, sepanjang aku mendalami ilmu Karate, rasanya ia bukanlah tentang bertempur. 80% yang aku pelajari adalah berkaitan dengan falsafahnya 10% adalah teknikal 10% lagi amalannya.
Aku dan kawan2. Where is me? hahaha.. (Middle 1st frm Right)
 
Sensei dari Sabah sedang memberi ilmu.
Demo cara blocking.. Erk, salah lengan budak tu.


Sempai2 a.k.a Senior2 dari Curtin Miri.

Watchaa!!

Karate yang aku sertai adalah Karate Shito-Ryu. Aliran ini memperkenalkan kerharmonian dalam pergerakan tanpa melupakan elemen unik karate sedunia iaitu keunikan Ka'ta (Kata) Sanchin. Ka'ta bermaksud gerakan atau bunga yang akan menjadi buah kepada pertempuran. Dalam Kata, terdapatnya falsafah pergerakan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan dan ketenangan jiwa. Pergerakan yang dipermudahkan menjadikannya senjata yang hebat. Namun, jika jiwa tidak tenang, tidak-tanduk akan membawa kepada kemusnahan. 
Respect to the creator.
Sensei sedang menilai prestasi.
Budak2 pun ikut sama? wow.. No computer game no I-Pad.
Seperti Sensei Angelo Tin telah ajar, Teknik yang terhebat adalah tahap seseorang itu mempu mengalahkan musuh tanpa mencederakannya. Ternyata karate ini bukanlah laluan yang menuju kemusnahan melainkan keseimbangan dan ketenangan yang membawa kepada sifat saling memaafkan serta memahami.
Have a great time at Kenshinkan Dojo Miri.
Listen...
 Sepanjang aku belajar karate, bukanlah warna tali pinggang yang menjadi snjungan melainkan hubungan akrab yang terjalin antara rakan dan guru. Mereka banyak membantu aku dalam memahami tujuan memiliki kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini. In the end, I realize... menyertai karate bukanlah laluan untuk menjadi hero melainkan untuk menemukan ketenangan. Dari ketenangan itulah Hero itu muncul.. Its already in you.. in every each of us..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...