AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Malas menyata cinta, Gambar menjadi mangsa

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ni. Semoga anda semua happy selalu dengan insan yang dikasihi termasuk juga keluarga dan kawan baik u all. Kali ini, aku wakilkan 1+4 gambar yang aku sendiri edit dan reka untuk menunjukkan bagaimana "Lelaki Ini" (cewahh macam lagu dah!) merasakan makna emosi... Jom kita hayati gambar-gambar ini!


Klik Pada Gambar Untuk Zoom In







Sekian sahaja (^^) Jumpa lagi.

Ada Apa Dengan Cik Hijau Itu Duniaku

Ada apa dengan http://onitsukahana.blogspot.com?!! atau dengan nama nya  "Hnahdy" Macam mana sebut ini yerk?!! HAhaha, aku selalu juga menerima comment dan kritikan dari bakal cikgu ni! Tak lama lagi jadi cikgu yang mesra cengan murid-murid la dia ni. 


Ada apa dengan "Hijau Itu Duniaku"? Ok, dia ni mesra orangnya. Post dia ni bercampur-campur macam Ais Batu Campur. Ada yang mengenai dirinya dan banyak pula mengenai maklumat dan pengetahuan. Biasa la bakal cikgu. Then!! Beliau merupakan seorang yang pandai membahagikan masa sehinggakan masa belajar dan blogging disusun dengan baik. Aku rasa dia ni pelawak juga lah!hahaha! ada gambar lucu yang aku jumpa pada blog beliau! Lihat gambar di bawah!


Kalau dibelek-belek blog yang berwana hijau ni. Terdapat maklumat mengenai ilmu-ilmu lain! ada yang mengenai sukan, ada mengenai pembelajaran dan isu pendidikan. (Syukur setakat ni ilmu hitam x der.. magic Cyril punya ilmu pun x ada ) Gambar di bawah menunjukkan bahagian Ilmiah yang dia selitkan dalam blog Hijau!


Pada pendapat Aku yang Malas ni lah, dia ni keturunan peminat kucing sebab dia makan ayam goreng 5 kilo sehari! Lihat gambar di bawah. Gambar beliau makan ayam tu! Drumstik yang besoooo tahap tikus tu!


Dalam blog dia ni pun ada mengenai kisah dia dengan kucing. Ada apa dengan Kucing?!! Tak apa lah, sebab aku pun peminat kucing, no comment. Kucing tu masih normal, jangan macam datuk saya, dia pelihara buaya dan landak. Ni dah dikira Exotic ni!


Well, saya sangat selesa dengan blogger ini. Memang blog dia ni Hijau. Jangan risau, Hijau bermaksud GO kalau kat Traffic Light kan? Hijau tu juga membawa maksud naturalis. Rasanya Cik Hijau ni sukakan alam sekitar lah. Hehehe.. x rugi Follow dia ni..


Banyak lagi post yang menarik dari beliau di

Sekian (^^) dari Aku Malas (agak malas dah ni...)

Ada Apa Dengan Shinji Izac

Kurang dari 1 minggu selepas berkawan dengan En. Everything dan Cik Moon di dalam blogspot. Aku telah mendapat banyak kawan baru yang perihatin dengan entri yang aku tulis. Kita kekadang seronok juga berkongsi maklumat dan pendapat melalui blog. Keseronokan itu mengundang aku menemui seorang blogger yang sempoi dan suka explore entri yang telah aku tulis sebelum ini.

Ada apa dengan Shinji Izac? Dia ni blogger yang sempoi, dengan gaya rambut dan jambang machoo. X rugi dunia blogger ada orang yang versetyle macam beliau. Dia ni dah kerja, tapi beliau pandai mengaggih masa sehingga sempat berjinak dengan hobinya iaitu, menjadi mask rider dengan motorsikal superbnya! 

Post beliau kebanyakan berkaitan dengan pengalaman dan pandangannya sebagai lelaki yang slumber dan berjiwa muda. Tengok dulu tajuk blog beliau!! Haaa.. " Its All About Me"


Ada apa dengan Shinji ni? tiap kali aku post, memang dia ada comment dan buat lawak ala-ala jelous dengan body aku. Memang peramah la dia ni. Aku pulak jelous dengan dia yang dah kerja dan ada moto. Tak apa, nanti aku dah kerja aku beli satu lori Mountain Bike! hahaha! Gambar di bawah ni macam tabung uji darah jer.. agaknya dia ni kerja kat makmal profesor yang cipta cicak man tu kot.

Usah meneka-neka, usah timbulkan spekulasi! Jom lawati terus blog beliau dan kenali lebih dekat seorang peminat motor ni! dan tanya dia.. bagaimana beliau membahagikan masa antara kerjaya dan hobi. Yehhh.. ada yang nak tanya dah kahwin ker belom?!hahaha.


Jom lihat sedikit sebanyak entri dalam blog beliau di 
http://shinjiizac.blogspot.com

Sekian (^^) dari Aku Malas (benar benar malas dah ni...)

Jerebu menampakkan usia senjamu wahai Miri

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang aku tangkap tadi sewaktu mengangkat jemuran di belakang asrama Lelaki IPGKS Miri. Kelihatan suasana senja yang biasanya berwarna oren telah menjadi merah jambu. Jerebu... di dunia Miri. Senja kali ini membuatkan aku merasakan dunia ini makin tua.. aku pun makin meningkat dewasa.. Jom, hayati gambar ini.







Inilah suasana dan pengalaman hidup di kampus. Tahun depan adalah tahun terakhirku di sini. Semoga detik-detik yang ada di sini membawa banyak kenangan yang bermakna untuk ku ceritakan kepada anak-anak ku nanti. (^_^) Sekian..

Part 5 Mr.Eyebrow dan Stress Kerja + Everythingseverythings

Salam sejahtera kepada anda semua. Memandangkan hari ini hari Ahad, x salah untuk aku mengenang kembali bersama dengan anda mengenai 6 perkara yang kita akan ingat semasa kerja. Maklumlah, esok hari Isnin! hahaha! aduhh... ada yang mengeluh? jangan mengeluh!! kuatkan semangat! tak terasa hari2 yang penuh dengan kisah tu berlalu jika kita mensyukuri perkerjaan yang kita ada, hayati detik2 itu! Walaupun payah mengenang hari Isnin, tapi hati happy bila ada kawan menjenguk dan share maklumat dengan kita di Blog seperti Mr. Everythingseverythings.


Minggu assignment di IPGKS Miri (Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri) hampir menemui penghujung nya. RAMAI YANG BERHEMPAS PULAS untuk melangsaikan tugasan yang ada. Ok, cukup dengan celoteh di atas.. Apa tunggu lagi! Jom kita hayati Mr.Eyebrow!!!!!

1. Time buat kerja sambil facebook ada orang yang kacau status anda! Arrrggghhh!!!

2. Time dulu-dulu selalu cikgu aku cerita keperihan belajar menggunakan lilin dan melawan nyamuk.. ARRggghhh!! hate nyamuk!

3. Time buat kerja last minit tiba-tiba kemalangan, Arrrhhhhgggggggggg!! mengapa ini semua harus terjadi~ apakah ini semua kerana diriku~la..la..la..

4. Time kerja dah settle.. Rasa Kemerdekaan pun menjelma! yeahhhh!!! 

5. Emmmm.. time kerja.. Dilema..dilema..dilema... Godaan.. emmmm.. ARRRGGgggGGGgghhhHHHhh!

6. Buat kerja last minit! Line internet slow..Plug di kampus penuh!! semua orang rush!! TIBA-TIBA Blackout!! ARRHHHHHhhhhHHHHhgggGGgggGHHHH!!

Hahaha! sekian sahaja dari aku malas, Thanks sebab lepak di Blog yang malas ni.Hehehe.. see u all, aku nak ready untuk kuliah esok. Credits to  http://everythingseverythings.blogspot.com/ sebab sudi jadi kawan aku sampaikan aku rasa semakin malas disebabkan rasa happy!hahaha!


Apa yang dapat ku kata mengenai blog http://everythingseverythings.blogspot.com?!! Ada post menarik! seperti di bawah! dan blogger ini peramah serta sentiasa menjaga tatasusila semasa memberi ulasan comment dan semua la! memang orang baik punya... walaupun minat muzik rock!


Gambar comel dan Kisah menarik!

Bateri dicaj guna air?!!

Hahaha! apa tunggu lagi, kalau nak tahu jangan malas klik

Aku Nak Kawen Nanti macam ni!


Salam sejahtera kepada yang embaca entri yang ini. Tak ada yang membahagiakan aku bila cinta yang disemai diteruskan ke alam perkahwinan. Jangan main-mainkan perasaan orang, cinta bukan main hangat, tapi x kawen kawen!hahaha! So, di sini aku nak share satu picture dari juru gambar kegemaranku! Mr Edwin! U all boleh check di galeri beliau di sini --> http://www.edwinlay.com/blog/


Sesiapa yang nak tempah gambar kaween tu boleh contact dia yer..

Jom kita lihat sebahagian gambar yang dia ambik. Aku nak sangat kahwin guna baju kaum Iban. Gambarnya sangat natural, di dalam hutan dan kelihatan fresh. I like this! Ini namanya seni! hahaha! jom kita hayati gambar ini. Credits to Mr.Edwin! Tajuk album dia ni adalah "Bryan & Leretta"










Sampai hati kau Virus

Sejak akhir-akhir ini banyak kes yang membuat mindaku terkedu dan sedih. Perasaan sebegini membuatkan aku terfikir kembali akan harga dan nilai nyawa manusia pada zaman ini. Tergamaknya manusia membuang bayi, kejamnya manusia membunuh sesama yang lain, dengan mudahnya manusia membinasakan diri dan banyak perkara yang makin merungsingkan aku. Adakah pengaruh media massa atau pengaruh budaya asing menjadikan mimpi ngeri ini sangat nyata? Atau... semuanya ini hanyak disebabkan kehendak daging kita. Wang, nafsu, dan emosi yang tidak terkawal serta tidak stabil mendorong semua ini berlaku.


Bagaimana kita hendak melindungi diri kita daripada dijangkiti kekejaman ini? Sesungguhnya kecelakaan dan keharmonian itu datangnya dari dalam diri setiap individu. Pokoknya, adakah kita menyayangi diri kita? persoalannya, adakah kita mengamalkan ajaran agama yang kita hayati? Kerap kali terdengar cerita mengenai orang yang baik dan terkenal pun tumpas kerana virus ini. 


Sedangkan melihat haiwan pun rasa sebak membiarkan mereka kelaparan. Apa lagi mendengar kes buang bayi dan bunuh yang makin biasa di telinga. Adakah kita terlalu takut menghadapi realiti dan dosa yang kita lakukan? Adakah kita takut akan masyarakat yang tidak menerima kita sehingga mata hati kita buta lalu lantang melaksanakan pembunuhan? Terdesak sangatkah kita di negara yang aman ini? Tak kan aku mengajak semua berpindah ke Hutan Amazon yang tenang dan masih hijau.. Tak kan aku mengajak semua menetap di Kutub Utatra yang tenang dan Putih.. Tak kan aku mengajak semua berpindah ke dasar lautan yang tenang tanpa pengaruh manusia.. 

Gambar di atas adalah gambar kucing yang telah mati di IPGKS Miri. Mati sakit. Kesian, sedih sebab aku tak mampu tolong.

Gambar di atas. Kesian kucing ni, kelaparan.

Gambar di atas. Kucing ni makin hari makin lemah..

Perubahan itu bermula dari kita sendiri. dari gaya kita bertutur.. dari reaksi muka ceria kita.. dari tingkah laku kita.. dari kebiasaan kita.. perubahan itu akan orang nilai. Kebaikan itu kita lahirkan dari dalam hati sehingga kita sendiri tidak menyedari ianya kita amalkan.. Virus ini ada penawarnya. Bermulanya penawar itu dar hati yang mengerti dan merendah diri.

Pesanan/Ketuk diriku: Sering kali aku melihat rakan-rakanku mengeluarkan kata-kata kesat bila gembira sangat dan bila tak puas hati. Peliknya hati mereka.. apa yang mereka fikirkan tu?

Bila ketawa gembira mereka lantang menyebut "C***I hahahaha!! lucunya" "F**K yeah hahaha!lawak lah" "D**N its so funny!!" kalau marah pula "PU****K punya orang!!" "S**T lah..tak kan tu tak tau u buat" "S**L betul, u ingat aku takut?" Hehehe, lucu juga melihat mereka selesa dan lega bila menyebut benda tu..

Kalau aku, rasa tak tenteram dalam hati ni sebut benda tu. Mungkin dalam hati kita berbeza.. ada nya suara Tuhan di hati kita yang masih gusar menyebut dan mengamalkan perkara tak elok ni.

Selamat berhujung minggu. :) Refleksikan diri untuk memulakan minggu yang baru!

Esok ku temukan semula makna hidup

Not giving up yet, because im enjoying it..

Salam sejahtera kepada semua pembaca log ini. Hari ini hari ahad kan? esok isnin... Hmm.. kena ready untuk esok, ada kerja yang harus disiapkan esok mesti disiapkan hari ini. Jadi esok, terasa semula kehidupan sebagai manusia yang berkerja. Tak apa, asalkan happy time rehat dan malam tu makan puas2 baru la x rasa down. 

Melihat buku dan pen baru aku menyedari tanggung jawab yang ada, banyak yang harus dilangsaikan.
Bekas pensel mengingatkan aku dengan keperluan yang harus aku miliki untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Tak hairanlah jika kadang kala aku x dapat update blog aku ni. Banyak perkara yang harus aku lakukan.. yang lebih penting..
Bag laptop, kewajiban masa kini. Kalau dulu bawa jer buku nota dan buku rujukan tebal tebal sampai 10kg dalam bag.. 

Ni diari atau buku catatan, susah juga jadi pelupa macam aku ni kan? Asalkan aku x lupa diri kira ok la..

Ni buku lama yang aku ada. Masih dapat pakai..


Wake up!! esok Isnin!! thanks 4 reading ma Blog (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...