AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kenapa maki kreta tempatan?

Salam sejahtera kepada semua, hari tu aku terlihat post ini dalam facebook, iaitu gambar kreta yang kemek melanggar basikal. Hehehe.. isu nya bukan pasal langar2.. tapi pasal kejuruteraan keselamatan dalam pengangkutan.

Atas ni gambar kreta Chevrolet

Ada yang maki dan mempermainkan kreta tempatan. Kata mreka kreta SAVVY lembut lah x der kualiti la.. well, buat pengetahuan u all. Kalau lembut pun x apa, asalkan selamat.. Bumper dia tu dapat menyelamatkan banyak perkara!! antaranya:

  1. Orang yang dilanggar memiliki peluang yang lebih baik untuk tidak mengalami cedera parah.
  2. Tuan punya kreta dapat selamatkan duitnya sebab bumper ni dapat direpair lebih mudah dan murah jika dibanding dengan bumper besi dan keras dan mahal dan..da..dan..hehehe.
Gambar di bawah menunjukkan motif mengapa bumper direka untuk menjadi lembut, supaya meresap daya perlanggaran di bahagian kakai dan seterusnya mangsa tidak masuk ke bawah kreta melainkan mengelongsor ke depan tingkap dan mengucapkan "HAI" kepada anda dan anda akan kata "OMG!!" dia pula kata "AMBIK GAMBAR AKU CEPAT!!" kamu pula jawab "UNTUK APA?!!" Dia pun balas "UNTUK POST DI FB!! SUPA ORANG MAKI KRETA KAMU YANG LEMBIK BUMPER INI!!" HAhaha!! 


Tak la seperti gambar di bawah..kot..hahaha!!suka hati jer aku lukis..hehehe..

Sebagai bacaan tambahan anda, Saya terjumpa satu mamat ni, dia ada pendapat dia sendiri mengenai isu di atas, pedas berapi juga cara dia comment tu.. baca di sini. Kawan ni kata itu mungkin bukan kreta tempatan. 

Gambar di bawah menunjukkan kreta yang bumpernya lembut telah diketuk keluart dan hanya perlu dicat sahaja untuk dibaik pulih.. Mudah kan?

Kalau dah macam gambar di bawah ni.. nak repair lagi ke? Hehehehehh.. 

Ujian perlanggaran dujalankan untuk melihat tahap keselamatan pemandu dan juga orang yang dilanggar. HAhaha!! sakit tu..

Bayangkan kalau bumper sekeras ini melanggar kaki anda dan daging kaki anda tertinggal di dalam bumper itu..Eeeeeeee~ Tajam bumper tu!! Kalau lembut x la ngeri sangat...

Ni antara rekahan pada bumper kreta yang keras.. masih dapat repair.. tapi agak mahal.. tapi, mangsa yang kena langgar tu masih dapat repair ke mental nya? Kalau langgar tiang kira ok la..hehehe. Lari jer!!

Jangan jer la melanggar seperti animasi gambar di bawah.. berkecai manusia!!

Love u all!! Terima kasih sebab sudi baca celoteh aku di sini. Dari IPGKS Miri. ~TQ(^^)~ main internet tu, jangan lupa makan, kalau belum mandi tu mandi la cepat2!! bau!!

Beruang pun beruang lah

Aku nak kongsikan beberapa karya yang aku buat dari gambar2 yang aku dapat dalam google, Setelah diberikan sentuhan dan nafas baru, maka inilah hasilnya, memang best jika ada beruang yang besar kan? kat dalam IPGKS Miri ini ada ke?. Boleh klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.








Cubaan untuk memahami kehidupan

Salam sejahtera kepada semua. Hari ini aku nek ceritakan apa yang anda biasa lakukan dan fikir jika hati anda telah dicuri oleh seseoranag yang istemewa. Kecurian ini bukanlah petunjuk yang tidak baik. Ia merupakan sesuatu yang normal dan anda tidak harus berasa bersalah.


X kurang jiga akan terus mendiamkan diri kan? Mengapa kita mendiamkan diri jika kita tahu tujuan hidup kita adalah ke situ?Mungkin adanya halangan yang menghadang perjalanan kita. Tapi hidup mesti diteruskan juga. Sebab setiap langkah yang kita ambil akan dikira juga di akhirnya.

Penantian, semua insan merasakan satu penantian ini seperti satu perjalanan yang jauh. Tapi bagaimana kita memanfaatkan masa2 yang ada sepanjang penantian itu adalah perkara yang penting. X semua mampu dan sanggup menanti sebab ada yang berpendapat penantian ini satu perjudian dengan masa dan usia. Ramai yang berpendapat bahawa penantian ini sesuatu yang menyiksakan... Namun bagi aku, selagi kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mendekatkan diri kita dengan perkara yang kita sayang dalam pelbagai usaha yang kreatif, maka kita tidak akan bosan.

Bayangkan anda menerima sajak-sajak yang indah dari seseorang yang anda sayangi setiap pagi atau mms ucapan selamat pagi. Terasa kejauhan ini sangat mengasyikkan dan ada senyumannya juga. Ada kalanya kita belajar berdikari dan berfikir lebih matang dalam penantian ini. Sebab kita harus mahir mengawal diri dan menentukan perkara2 baik yang kita fikirkan supaya mentaliti kita sentiasa dalam keadaan teguh!


Aku biasanya berfikir dan terus berfikir agar tiada ruang untuk berlakunya kecuaian dalam usaha memahami erti kehidupan. Di sini, erti kehidupan adalah menjurus kepada nyawa. Seseorang yang bernyawa adalah seseorang yang memiliki perasaan. Bukan seperti komputer atau kereta... Manusia hidup bukan untuk dipandu dan diarah begitu sahaja, kita ada perasaan. Kita harus mahir mengerti perasaan-perasaan itu agar tidak mudah tersungkur dan tersilap langkah. Banyakkan berfikir, ya. Dengan ini, kita akan menjadi lebih bernyawa, kerana kita berfikir dan memiliki perasaan yang teguh serta stabil.

Sepanjang di IPGKS Miri ini, banyak yang telah aku pelajari, bukan sahaja ilmu formal tetapi yang bersifat peribadi pun ada, yang pasti aku telah mempelajari satu ayat dari seorang pensyarah Bahasa Melayu. Hargai apa yang ada di samping kita selagi ia masih mendampngi kita. Dan aku akan terus cuba mendalami makna ayat tersebut. ~TQ(^^)~

(^o^) Hello semua!! Lama dah x post!!



Salam sejahtera semua!! AKu memang malas la!! OMG!! Ok, hari ini aku nak post sesuatu! Lama dah x post!! Rasa nak pengsan pulak bila melihat blog yan tidak dikendalikan!! waaaaaaaaaaaaaaaaaa... sedihnya... aku ni kejam sangat pada blog2 aku... x jaga blog aku. X apa, ia hanya blog la.. aku lebih pentingkan kawan dan keluarga dan binatang peliharaan aku dari blog yg sekadar blog... tapi x apa. aku suka..aku suka..hehe!

Apa aku buat sepanjang x tulis entri ni hah?!! ok come here.. let me tell u! Pertama aku hari tu balik ke Miri. So tak kan drive sambil berblog. Then aku kemas2 bilik, buat persediaan untuk kuliah yang baru dan bla..bla..bla..

Aku ada berblog sebenarnya, tapi frust dengan blog baru yang aku buat, nak buat blog utk kelas tapi x dapat. Banyak krenah!! Blog tu x dapat post dan menerima moderator / penulis lain. damn..

Aku seminggu tu main FB. Buat gambar dan web baru!Hehehe.. buat page yang bertajuk gambar oh gambar. Sweet.. kenapa x buat page Aku Malas? Emmm.. belum sedia la.. nak cuba2 dulu dengan gambar oh gambar.. Hehehe..

Then aku luangkan masa mencari ilham yang best untuk menjadikan kehidupan aku di bumi ini lebih seronok. Idea mengenai tema dan karya gambar. 

Minggu ni busy dengan lukisan yang pensyarah suruh buat. Best juga kan? kalau dah minat melukis tu memang syok juga melukis!! ok, sekian sahaja aku berbla bla..bla..di sini. Rasanya nak mula post sesuatu la. HEhehe..


(O.O) COSPLAY ARALE SEMUA TAHU ANIME INI KAN?!!


Salam sejahtera kepada semua pembaca. Walaupun x banyak yang membaca blog ini. HUhuhu... Hwahahah!! Tapi x apa!! Tetap juga SYOK menulis di dalam ini. HEhe.. Ok, Siapa x kenal watak ini? Arale merupakan watak dalam cerita Dr. Slump. Zaman saya dulu anime ini sangat popular. Rasanya bagaimana jika watak ini real?!! jom kita saksikan gambar2 di bawah!






Cantik kan? Aku nak hias anak aku nanti cantik2 macam ni. Hehe.. cuba la watak ipin upin kalau dapat lelaki. Heheh!! betul betul!! BETUL!! ~TQ(^^)~

(+v+) Ciuman si kecil


Hello, hari ini aku dah sampai di lokasi asal aku. Tempat aku bertugas la.. DI mana tu? di IPGKS Miri! Well!! semester terbaru ini kan? Aku dah masuk sem-6 la!!! Tinggal 2 sem lagi. Ok, apa tunggu lagi! Kita dah tengok tajuk di atas tu.. sekarang kita hayati gambar manis si comel kita! Kepada yang terfikir nak jadi bakal dady dan mumy! Ini gambar yg sesuai untuk anda. DAn.. belum terlambat untuk mengucapkan Selamat hari ayah kepada semua! Mempersembahkan Sweet Baby Kiss Pict!












Have a sweet day untuk u all. X kisah la anda siapa, menteri, polis, pelajar, pekerja yang stress or what ever.. be happy. Relakan dirmu untuk melaksanakan tugas dengan penuh tenang agar harimu berlalu dengan baik. ~TQ(^^)~

(^o^) Adik jadi Model guna baju lama IBU

Salam sejahtera.. hari ini chris a.k.a AKU MALAS, ambil gambar adik di bawah terik panas matahari.. Adik menggunakan baju tradisional ibu.. nice picture here.








Ni asyik aku je ambik gambar kan? hehehe..bila lagi pula gambar aku jadi model baju tradisional ni? X apa.. ada saatnya nanti aku akan ambil gambar. ~TQ(^^)~

(^,^) Perjalanan Meneroka Sarikei

Salam sejahtera semua! Sejenak berjalan meneroka alam di sekitar Sarikei. Aku tangkap beberapa gambar yang boleh dikatakan menarik. Aku nak kongsikan beberpa gambar yang menjadi kenag-kenangan sebelum aku menghabiskan semester seterusnya di dunia IPGKS Miri di sana!

Stesen minyak lagenda Sarikei.. antara bangunan yang lama.. tapi bukan yang paling lama.
 Ni adalah supermarket yang terkenal, lagend ni! Sejak 1990 memang dah ada..
Ni bangunan  kegemaran aku semasa kecil dulu. Banyak toys di situ..tapi..$$$ x dapat beli semua yg mahal2.
Banguna baru.. Kawasan ni dulu adalah kampung...
 Dragon Inn. Memang indah dipandang dai KFC.. ini antara bangunan terkenal Sarikei.
 Dimana jejantas ini? Hehehe.. area kampung Melayu..
Gambar ni diambil sekitar jam 2pm-6pm. Penerokaan dunia sarikei yang mencuri segala cahaya dan aku tangkap dalam kamera lama ini. Terima kasih sebab lepak sejenak di sini. ~TQ(^^)~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...