AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(+.+) Terbang Ke Awan Melihat Sekolahku

Puas aku terbang ke awan menggunakan google aku akhirnya dapat melihat permandangan indah dari awan dan beru mengetahui skala IPGKS Miri dari satelit. Ini rupanya petanya. Walaupun belum diupdate oleh pihak google saya dapatu ada la..sama sikit. Sebab sekarang lebih modan dan maju.. banyak penambahan yang telah kita kecapi di negara yang makmur ini.

Kenapa saya postkan gambar ini? Nak bagi u all tengok dan melawat tempat yang indah ini la. X perlu susah2 download dalam web yang berbayar gara2 untuk peta itu ini..hey, ini x lengkap la peta  ni. Hahaha.. sekadar nak buktikan bahawa Tempat saya study tu depan pantai!waahhh.. kalau terlibat dengan kawad ancaman Tsunami tu dah pernah dah..hehehe..syukur sehingga masa kini masih selamat..Maklumlah pantai tu menghala ke utara dan jauh dari kawasan pertemuan plat tektonik..bukan Tektenuk..Hahah! jom hayati pemandangan dari atas ni. Kita share2 ma..kita kan Friend..hehehe. Mempersembahkan Peta IPGKS Miri (IPGM Kampus Sarawak, Miri)

inilah gayanya bila kita skodang tempat saya belajar ni dari atas


Dalam lingkungan merah itu sahaja la tempat aku study, depan pantai lagi tu!


Saya tandakan sedikit la bangunan dan infrastruktur... kemudah yang best..


Ni ada 2 perigi yang dah ditutup.. ada kisah sebenarnya..dan satu tangki air yang TINGGI!


Ni laluan utama di sekitar tempat saya study..


Di bawah ni adalah tempat yang memainkan peranan penting dalam kualiti riadah kami..


Jadi kepada yang nak melawat tu semoga x sesat la..dah saya kongsikan tempat parking..bangunan utama..nak rujuk siapa just pergi ke sana.hehehe.. TQ (^^) check us at, Klick web page IPGM Kampus Sarawak, Miri 98000 Miri.Sarawak.Malysia.

(O.o) Catan Aku tuh!!

Sedang2 lepak di pusat sumber aku terlihat permandangan dimana perhiasan di pusat sumber  IPGM Kampus Sarawak (dulu IPGKS Miri)  Miri adalah hasil kerja Pengajian SV. Banyak jenis aliran catan tu.. saya terlihat karya saya juga pun ada. Hehehe.. x sangka juga kerya saya yang tak seberapa handsome pun masuk juga. Hahaha, seronok melihat suasana ini, pihak IPGM Kampus Sarawak (dulu IPGKS Miri) Miri menghargai karya student nya. Pengurusan yang menghargai hasil kerja pelajar akan membuatkan pelajar rasa dihargai dan ini akan meningkatkan motivasi pengajian2 tertentu. 

Kelihatan dari jauh sebaris karya catan... tema tumbuhan dan apa di hujung tu..?
Di hujungnya lebik bertemakan Malaysia..
 Ini saya punya.. Hehehe...Mix Art.
Check karya lain di AKU Malas JPEG
~  Jom berkarya (^^) TQ~

(^^) Akhirnya!!Anjing sesat dituntut.

Walaupun orang yang menuntut anjing itu bukanlah tuan asal..sekurang kurangnya ia dah mengurangkan rasa risau saya dan yang lain di  IPGM Kampus Sarawak (dulu IPGKS Miri)  ini. Mana tak nya, anjing tu sering dibuli anjing liar yang lain. Saksikan beberapa gambar proses menangkap anjing itu.
 dia terperangkap dalam gelangang berpagar.
 keletihan selepas berlari dengan kaki pendeknya..
 Cuba mendapatkan makanan yang diberikan..
Akhirnya berjaya dibawa balik..bye2 pupy!

Sebelum ini mereka telah memberi respod melalui FB. Syukur ada yang menjumpai Album "LOST DOG" dalam FB melalui kumpulan Group Miri:
I love Miri City
Miri City Sharing 
Miri City Sharing Chanel 
Thanks to all.. x kira yang terlibat secara langsung or tak..Hehehe..thanks..

Akhirnya dijumpai... dah saya postkan mengenai proses menyelamatkan anjing yang sesat tu.. (^^)

Happy Sunday!selamat berehat! ~TQ (^^)~

(>.<) Kasut semasa sukan!?

Semalam aku menyertai KOT (Kejohanan Olahraga Tahunan)  IPGM Kampus Sarawak (dulu IPGKS Miri) . Sedang aku berjalan...wa laooo ehh!! kacaknya kasut!hebatnya kasut!! ada yang ditinggalkan di atas kanvas!sebab tuannya sedang buat acara yang tidak perlu menggunakan kasut agaknya. Ada kasut yang pelik!jenama yang tak pernah ku lihat! jadi saya kongsikan gambar kasut2 itu di sini!

 kasut di atas hanya ada 2 warna.. tapi setelah ditanya emounya nya.."walaupun DUA warna tapi harga melebihi DUA angka!!"
 Silaunya kasut ini..dah dicuci menggunakan Daiya kot..
 Jangan risau... semasa sukan tu saya dapati tiada sesiapa yang kehilangan kasut. Kalau pakai kasut tu pastikan bau kasut tu perrggghhh... biar hilang mood golongan yg panjang tangan tu nak ambik kasut SUpra u yang mahal tu! Kalau pakai kasut macam Justin Biber kan best juga kan?

 ini kasut dan selipar masa kini SELIPAR+KASUT= Ipar Sut (Kekekekke)
 Kasut shopping pun boleh jadi kasut sukan? biasa la..sekarang ni rekaan fesyen makin maju..kasut ni serba boleh. boleh diggunakan untuk pelbagai acara dari shopping sehingga ke ladang dan sawah.
 boleh pakai shopping la kasut di atas tu..
 saya suka warna kasut di atas..memang tenang.. pasukan lawan pun x jadi nak lawan bila melihat warna hijau yang menenangkan itu..hebat. HULK MODE!!!



 EH?kaki aku la..hahahaha..pakai selipar Nike T90. Sweet...
 Jenama ATM? mesen ATM juga ke?kasut yang dapat mengeluarkan duit..hebat!




 Gambar di atas!!kasutnya sangat KIUT!!! rasa happy nak berlari dan bersukan!
 EH? ada kelihatan jari jemari kaki!
Kasut kung fu pun ada!!hebat la!hahahah!!nice shoe! memang terbang la orang yang pakai kasut ni nanti! laju giler bila berlari!jarak jauh pun x keletihan!

Sememangnya dengan peruntukan yang ada.. kreativiti dalam memilih fesyen dan kasut akan sentiasa berputar. Semasa sukan ini lah saya mendapati pelbagai jenis kasut yang ada di dalam IPGKS Miri. Biasa la boring dan muak dah mata melihat kasut formal a.k.a. kasut kuliah. Sekarang saya dah cuci mata menghayati kasut2 kawan2 friend2 gang2 saya semasa sukan. ~TQ (^^)~

(*.*) Bapak YAMAHA RXZ

Sejenak melihat moto lamaku, waduhh..ada perasaan yang menerpa jiwaku..terasa antik dan unik. Mana ada lagi moto ni dikeluarkan. NAk cari alat ganti pun susah..Tu yang aku banyak ganti part2 tu dengan part RXZ. Ni dah kira gabungan RX dan RXZ la!hahaha!


Mana tak nya.. Rm4 riban (Ribou/Ribu) terbang untuk beli rangka, blok enjen, gasket, (ori) Kaburator + Exzos + Kusyen + dan lain2 tu guna alat ganti lain la.. Maklum la kat tempat kami ni susah nak cari benda ori yang murah. Ok!! dah puas melihat penangan moto lamaku!? mari kita hayati pula saudara mara RX yang lama! lagi ranggi! dan diubah suai sehingga tahap MALATOP!








Ok..ada di antara gambar2 ni aku ambik dari blog moto. So silakan lepak di blog berkenaan.Hehehe.. (^^) 

(O.O) Karya lama! x Buruk oii!!

Saya baru upload beberapa karya yang menarik di mata saya. Di mata saya semua karya itu nampak cun! Tu sebab aku ambik gambar karya itu! Lagipun ini merupakan hasil kerja tangan gang2 aku di IPGKS Miri sini.Ada yg dibuat last minit dan ada yang berbulan2 masa nak siapkan..maklumlah..setiap karya disertak dengan portfolio kajian dan perkembangan idea. (^,^) Mungkin dalam sebulan ni, aku akan terus update koleksi karya di dalam page AKU MALAS JPEG. Hehehe..

Koleksi 1

Koleksi 2

Koleksi 3

Ini boleh dikira Hobi baru ke? Hehehe..saksikan beberpa karya terkini yang telah aku kongsikan dalam Aku Malas Jpeg. ~TQ (^^)~

(^w^) Haha!! Kuih mati dikunyah!

Semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik memang terhad la ruang untuk bergerak. Jika terasa bosan di dalam bilik semasa waktu rehat.. agaknya apa orang lain akan buat? mengumpat? berbincang? Berdoa? saya buat ini! Ambik gambar orang mengunyah makanan! Kasihan kuih itu! Dah doa ke sebelum makan?Hehehe.. mari saksikan:









Mari kita makan!jangan asyik duduk depan laptop jer!!Jomm makan! Gambar ini diambil sempena ceramah mengenai pengurusan untuk program BIG yang didakan di IPGKS Miri. (^^) TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...